T.H.E.M

Friday, October 18, 2013

Jodoh?



"Tutuplah aurat. Nanti dapat jodoh yang tutup aurat juga.."

"Berusahalah menjadi soleh, dapatlah yang solehah.."

"Jagalah pergaulan dengan bukan muhrim, insyaAllah dapat yang menjaga juga.."

"Jadilah orang yang menjaga solat, Allah akan hadirkan orang yang tegap solatnya.."

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Paaangg!!! (Kena penampar sekali~)

Eh, kenapa semua perubahan dan 'amal ni dipandu ke arah dapatkan jodoh sahaja?

Macamlah pasangan itu sahaja ghayah (nota : ghayah=tujuan) hidup kita.

Dapatkan jodoh yang baik itu cuma satu perhentian dalam misi hidup.

Tapi bukan motivasi utama, ya!

Ekstasi kita,

SYURGA & REDHA ALLAH

*disalin daripada status seorang ukhti di Facebook*

Perbincangan mengenai jodoh semestinya hangat dibincangkan seandainya isu tersebut diutarakan. Tambahan pula, masing-masing berada dalam lingkungan 20-an, sesuai dah memegang status sebagai seorang isteri dan ibu. Trend masa sekarang. Nak berubah baik kerana nak dapat jodoh yang baik. pfftttt.. Betullah tu. Tak salah. Tapi kita lupa. Lupa tentang sebab perubahan yang sebenar. Allah itu sendiri. 

Ditujukan kepada diri sendiri juga. Berpinar-pinar mata membaca status-status yang berbunyi seakan-akan sangat terdesak untuk mendapatkan jodoh, barangkali disebabkan penangan musim walimah sekarang ni. tsk, tsk, tsk.. Bagi saya, untuk status-status berkenaan, lebih baik ditulis di dalam diari daripada laman sosial. Ini cuma pendapat peribadi. Terpulang kepada anda bagaimana anda menggunakan medan sosial terbabit. Lagipun, andai sudah berkemampuan mendirikan rumahtangga tetapi ketiadaan calon, cara tradisional lagi baik. Tak gituhhh...