T.H.E.M

Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Some things...






Some things are better left unsaid
Some things are better left undone
Some things are better left unbroken

Some lives are better left untouched
Some lies are better off believed
Some words are better left unspoken



Tuesday, May 14, 2013

Sharingan



Yosh! Lama tak update. Disebabkan idea-idea tak bersusun lagi untuk menulis satu pos yang berfaedah, makanya, ini cuma update ringkas dari saya. Mahu menaip jugak. Inilah jadinya.


Have been diagnosed with a unique disorder


Clinical features : getting irritated easily ; always feeling and thinking negatively ; depression


Etiology : tak telefon umi abah dalam jangka masa yang lama. paling lama, seminggu


Treatment : calling my parents la


Diagnosis : HOMESICK. lol


Prognosis : Excellent. Recurrence might be there


Ye, ye. Saya mintak maaf sebab anda tak dapat ape-ape daripada catatan di atas tapi tangan saya rasa gatal. Gatal sebab dah lama tak menaip sesuatu dekat sini. Maafkan saya.


Walaupun kami beribu batu dari Malaysia, tapi kami di bumi Gandhi ini, terasa juga bahang PRU '13 yang berlangsung pada 5 Mei yang lepas. Semangat sungguh kami. Masa ni lah bersemangat menambahkan segala pengetahuan tentang politik. Eh? Tapi, tak boleh la bersemangat masa nak pilihanraya je. Kena selalu tambah pengetahuan dalam segala aspek.


Konklusi selepas PRU '13, seorang sahabat berkata kepada kami, 
"Sokonglah mana yang korang rasa benar"

Lagi seorang berkata, 
"Teringat zaman Rasulullah baru menyampaikan dakwah. Kita sekarang ni, macam penduduk Mekah masa tu. Tak tahu pihak mana yang benar"



Ayat-ayat diatas diolah mengikut kefahaman penulis. Jika anda pasti dengan niat anda untuk memilih parti-parti yang berkenaan, teguhkanlah pendirian anda tapi jangan pulak butakan mata, tulikan telinga daripada mendengar hujah-hujah daripada pihak lain.


Pertimbangkan segala hujah-hujah yang ada, tapis segala khabar-khabar angin, pastikan dapat dari sumber yang sahih dan buatlah keputusan anda dengan adil. Mat saleh kata, make a wise decision. Hah, gitu.


[Kredit}


"Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu"


Hah, sape tahu ni ayat dari surah mana? Angkat tangan!


Baiklah, saya bagitahu. Ni potongan ayat dari surah Al-Mulk, ayat 19. Seorang sahabat kongsi ayat ni masa kami duduk dalam bulatan tempoh hari.


Saja nak kongsi, sebab cerita pasal burung, teringat masa keluar bandar beberapa minggu yang lepas, duduk dalam bas, tepi tingkap, yang takda pun tingkapnya, ada penghadang besi je. Angin deras menyapa muka *whoosh,whoosh* Hah, dapat bayangkan tak?


Salah satu tabiat saya masa dalam kenderaan yang bergerak, akan tengok sekeliling, kadang, cari landmark untuk satu-satu tempat. Mata masa tu, seolah-olah menggunakan ninjutsu Sharingan, takpun, Byakugan. Eh? Cari landmark sebab, bile orang sebut nama-nama tempat yang pelik, mesti orang akan bagi landmark tempat tu, betul tak? Bile kite tahu landmark-landmark tersebut, tak ke memudahkan kerja?! Heh~


[Kredit]

Berbalik kepada cerita utama, mata pun pandang keluar, bahagia dengan angin deras yang menampar-nampar muka, pandang langit dengan awan kepul-kepul sikit. Tetibe tertarik dengan satu pemandangan. Burung helang. Berlegar-legar dekat atas nun jauh depan mata. Taksub, amazed, within split seconds, pap! Masuk dalam dunia sendiri.


Hah, sampai begitu sekali penangan melihat ciptaan Allah! Subhanallah! Bukan setakat tengok burung je. Pegi pantai, tengok ombak pun boleh berada dalam dunia sendiri. Tak caye? Ce la terai. Terai? Duh~ LOL


"Saat melihat ombak, mata jadi terpaku. Dan dalam cuba memahami gelombang si laut, aku jadi hilang. Hilang dalam leka. Terbang jauh ke sana"


Hah, macam tu la perasaan saya. Terima kasih kepada cik Pintu (bukan nama sebenar) yang telah menukar kata-kata biasa, menjadi satu puisi.


Nak kongsi lagi satu ayat. Ayat ni ada dalam salah satu album kumpulan Hijjaz. Narration. Heh~


"(yaitu) orang-orang yang mengingat allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."

Ali Imran, 3 : 191

Makanya, pergilah berjalan-jalan atas muka bumi ni sementara masih bernafas lagi hatta berjalan kaki ke sekolah sekalipun, kire berjalan jugak. Tapi sambil berjalan tu, janganlah jalan menonong. Menonong tu ape? Menonong tu, berjalan tanpa toleh kanan kiri. Mak-mak kata, menonoooong  je. Hah, gitu. Toleh la sat ke kiri, ke kanan. Pandang atas, bawah. 


Sebelum memulakan perjalanan tu, sediakan la siap-siap telefon canggih dalam tangan. Eh? Ye la, mana tahu ada pemandangan menarik seperti burung terbang segerombolan ke, dapat la tangkap gambar cepat-cepat, kongsi dekat member-membi. Edit, letak ayat-ayat Al-Quran sikit. Hah, siap. Dapat pahala dah. Kegembiraan perlu dikongsi. Tak gitu?


Tapi kalau dah lambat sangat nak ke kelas, janganlah pulak berhenti tepi jalan, amik gambar lalang pelbagai posisi, sudut dan sebagainya. Dahulukan yang utama. Takde telefon pintar pun takpe. Takde kamera pusing-pusing pun takpe. Anda dah ada kamera canggih dah. Ye ke? YE! MATA anda! Bagi saya, secara peribadi, mata adalah kamera dan kamera video yang paling bagus atas muka bumi ni. Walla! Maka, sayangilah mata anda. Hah?


Fuh~ Bukan awal-awal tadi kata idea tak bersusun ke? Ni la penangannya bila ilham tetibe mencurah-curah masuk dalam kepala. Alhamdulillah. Yeh! Dapat kongsi benda yang bermanfaat akhirnya. Harapnya bermanfaat.


Owh, cakap pasal amik gambar, saya ada lagi satu penyakit. Saya merupakan pesakit mental. Hoho~ Adik manis, jangan takut sama saya. Errr~ Satu kajian menunjukkan, orang yang suka amik gambar makanan sebelum makan, mereka tergolong dalam golongan yang mempunyai gangguan mental. Laaaa... Nak kongsi kegembiraan pun salah. *Berlalu pergi sambil menyeret bantal*


'Ala kulli hal, all the best to member-membi yang sedang atau bakal menduduki peperiksaan duniawi, di mana jua anda berada. Tak lupe juga kepada sepet, baby dan sayang nun di sana. Moga dipermudahkan segala urusan kalian dan diberikan kejayaan olehNya. Amin~


p/s : A dropout can beat a genius through hardwork - Naruto


Friday, October 19, 2012

I..



love to observe people and make assumption about them first before knowing them.

tend to push people away as they come 'closer'.

tend to give late response to something.

hate it when people told me to decide on something.

tend to give lame, boring response to someones' stories.

always act cool in front of others.

tend to think things complicatedly although it can be solved in a simple way.

get easily bored over something.

And my feelings are easily being expressed through my facial expression, unconsciously.


comel dowh. fluffy, fluffy. oooo  >o<

There's always reason behind everything.
I am who I am.
I changed due to my past experiences, my surroundings
and I'm still changing...
to be someone better :)


Owh, I love sheeps too by the way. hik :)



p/s :  你敢不敢. lagu sedap.



Saturday, September 15, 2012

Satu hari di hari raya



"It's not my fault"  =.=

Satu hari di hari raya...
Saya dipersalahkan atas kejadian yang berlaku di atas. haha


*imbas kembali*

2 tahun yang lepas, tahun 2010
tempat : KLIA
dia la yang paling semangat melambai tatkala saya masuk ke balai berlepas
touching gile


setahun selepas itu, tahun 2011
saya pulang ke Malaysia
tapi beserta perubahan pada diri
BRACES


bila jumpa dia, keadaan bertukar 180 darjah
bergegas lari menyorok belakang mak ndak bila saya datang dekat
bila saya jauh sikit, kepala dijengah sikit, mengintai-intai seolah2 melihat seekor raksasa
bahhhhh
I've been rejected by a little boy
DOWN!


"mungkin sebab braces", detik hati
masalahnya, budak2 kecik lain, semua ok je.
takde takut pun.
musykil pulak tiba-tiba
"dia dah tak cam aku ke? baru setahun tinggal kot. ke memang sebab braces aku?"



*kembali ke masa sebenar*

Umi : "Ammar, cepat. kak tiqa nak amik gamba"
disebabkan keengganan yang terlampau, berlaku peristiwa seperti di atas
huru-hara



Mak Ndak : "Ammar, sape buat?"
Ammar : "Tu, dia tu" 
SAYA??
saya tidak bersalah!


"Umi, dia kan tak suka dengan tiqa"
barulah umi tersedar tentang fakta tu




"gigi tajam"


pendakap gigi adalah puncanya


Ammar : "gigi tajam"
menusuk-nusuk pulak bila dengar perkataan tu
"Asal tajam pulak?"
Ammar : "Ye la. tu (sambil tunjuk dekat gigi saya)"


that's it!
that's the reason
the braces, the culprit!


the day after


dia pandang kamera
gembira tak terkata
siap senyum pulak tu



"the conflict has been resolved?"
dunno




p/s : berdebo-debo pulok. jadah




Tuesday, May 22, 2012

serabut



bila tarikh final exam dah semakin menghampiri, mulalah..
DEPRESSION, STRESS
belakangan ni rasa diri semakin sucks
rasa inferior gila
sampai ke satu tahap yang lagi rendah dari give up
banyak kerja yang tak setel lagi
dengan masa yang semakin suntuk
risau semakin menebal dalam diri
rasa tak layak





ahad lepas, ada rehlah dekat pantai
Alhamdulillah
my favourite place to release stress
dengan melihat laut, fikiran jadi tenang sebentar
melegakan perasaan serabut dalam diri
tenggelam dalam dunia sendiri


tak semua boleh diluahkan

p/s : pray for me :'|





Wednesday, April 11, 2012

kompleks



kompleks : menggosok hidung beberapa kali dalam seminit

disebabkan resdung, hidung sentiasa gatal. sememangnya gatal ataupun psikologi saje?
umi kata dah jadi tabiat. owh, tidak.




bukan itu topik utama yang nak diperkatakan sekarang. cuma sekadar introduction saje :)





credit to : marlderv295 ^^v


ramai budak-budak sekarang ni, sibuk cakap nak kahwin awal dan sebagainya.
cinta, kahwin dan sebagainya mesti akan jadi topik setiap kali duduk kumpul ramai-ramai dengan kawan.
even masa usrah pun boleh kuar topik ni.
dulu, saya pun macam tu jugak.




"bestnya lahai kalau dah kahwin. ada orang yang halal bagi kita. itu ini etc2"




itu dulu.
dulu?
kenapa?
sebab sekarang ni, saya lebih memikirkan tentang apa yang akan berlaku selepas tu.
"macam mana nak didik anak-anak aku nanti?" selalu je bermain dalam fikiran tatkala topik kahwin dibualkan.









risau sebab ingat senang ke tugas tu?
sebab kena pandai corak kain putih tu.
kalau cantik, cantik lah.
kalau tak...
bayangkan memang nampak senang.




"owh, aku nanti nak anak-anak aku macam ni, macam tu dan sebagainya"
hakikatnya..
tambah-tambah pulak budak-budak kecik zaman sekarang dah cerdik semacam.
tak macam kita dulu-dulu. heh~








282594_230873730289380_194094813967272_681181_3588141_n_large




ibu bapa kena didik anak-anak ikut zaman anak-anak tu sendiri.
pergh..
tambah2 pulak sekarang ni, budak berapa tahun je, dah ada ipad sebijik dekat tangan.
tak boleh nak didik dorang ikut zaman kita dulu-dulu.




sebab tu, bila cakap pasal kahwin, jangan dok pikir pasal diri berdua je. pasal honeymoon bagai
topik ni pun kena pikir-pikirkan juga :)






Tumblr_lqflnk1swx1qlrydqo1_500_large
kacak bukanlah penentu segalanya. heh ;)




lagi satu, rasa diri belum sedia. 
banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam diri ni.
tangga pertama nak capai UA pun, tak tercapai lagi.
apatah lagi nak naik lagi satu anak tangga.




dalam baitul muslim sendiri, kalo 1+0, takkan jadi 2
akan jadi 0 jugak sebab salah seorang tak faham apa yang nak dicapai dalam perkahwinan tu sendiri.


just my 2 cents :)




Sunday, March 18, 2012

Single but not available?



satu hari, masa tengah duduk, bersembang-sembang sambil menjamah dadih,
salah seorang sahabat bertanya, "macam mana ek? aku tau benda tu salah. paham-paham la benda apa, tapi macam mana ek, rasa macam tak boleh tinggalkan dia"
seorang sahabat yang lain bersetuju dengan apa yang diperkatakan.
sahabat tadi berkata lagi, "tapi sekarang ni aku dah kurang la. macam mana ek?"




dalam hati, saya tersenyum.
*doakan mereka*
"explain la dekat dia,"
"masalahnya, dah banyak kali dah aku explain. tapi takkan nak tinggal dia terus macam tu. nanti apa pulak jadi dekat dia kalau tetiba je aku tinggalkan dia"




saya tidaklah hebat dalam isu-isu percintaan.
pengalaman = 0.
selalunya, apa yang saya perkatakan adalah melalui pengalaman-pengalaman saya bersama mereka yang mempunyai pengalaman tersebut.
segala baik buruk dunia percintaan.
semua saya dapat daripada mereka di sekeliling saya.
melalui mereka juga, saya dapat perbaiki diri selagi mana belum berjumpa dengan si pelengkap hidup *cough*






 





bila menghadapi situasi-situasi seperti di atas, rasa bersyukur.
bersyukur sebab tidak ditimpa dilema yang sama.
tetapi sebagai manusia biasa, kadang-kadang ada je perasaan tu datang ketuk pintu hati.
tipu la tak ada.
kadang jumpa orang kacak sikit, dah terpikat.
kadang jumpa orang ni, jumpa orang tu, dah terpikat.
terutama bila orang tu ada ciri-ciri yang kita suka.






kadang masa tengah duduk dalam lecture hall sambil tunggu lecturer datang, tanya kawan sebelah, "bila kita nak ada boyfriend ni? lonely gile"
aduhai hati
fitrah?




ok, cukup dah intro.
balik pada tajuk.
selama ni rasa pelik.
bila orang dok selok kata dia single, but not available.




tadi baru dapat jawapan.
jawapan ada dekat bawah.
tak tau la betul ke dop jawapannya.






not available sebab ada Allah dalam hati?
mungkin.
kadang teringat.
kalau benda yang lepas tak terjadi seperti yang telah terjadi, mungkin,
mungkin saya akan mengalami dilema yang sama seperti mereka.
Alhamdulillah.
sebab Dia lahirkan perasaan takut tatkala hubungan makin menjurus ke arah tersebut.






risau sebab kang selok bercinta dengan orang ni, tapi kahwin dengan orang lain.
risau terleka, risau tak amalkan segala apa yang dah belajar, yang dah faham, yang dah tahu. 






owh,hari tu terbaca dekat facebook :
 orang dok selok cari jodoh tapi sebenarnya hidayah tu lagi penting untuk dicari sebab jodoh tu memang dah ditetapkan oleh Allah.






Image Detail 



I just want my future husband to be my first love and the last one *cough*
perghhhhhh.
ahuuuuu... neomu cangpihae! *blush*
lari selubung dalam selimut!
sekali sekala, takpe la kan.






p/s : esok dah start 2nd internal. doakan kami! :)


Wednesday, May 25, 2011

meowww meowww



orang kato, kalo nak hati girang, tgk bende comel2.
ok. eden yg kato, bkn org kato. HAHAHAHA XD


girang la pulak hati den tgk menatang kek bawah ni. 
raso nak geget2 je sekor2. ji ar ar ar..


hilang sikit stress den dok menghapal segalo mcm procedure, steps for identification bagai utk exam biochem practical esok.











raso nak picit2 yo!! >.<






Source : 0101xiahtic <-------- klik2. (uuuuuuuuu.. retis!! bertuahnye kucing)


mcm cool je brg2 die ;)


p/s : hanya mampu tersenyum. senyum, xperlu kata apa2 :)




Friday, April 22, 2011

good friday

memandangkan hari ni cuti, maka misi mencari sari pown bermula. ada yang beli sbb nak buat bisnes, ada yang beli sbb org request dan  ada juga yang baru first time nak beli. macam2.



Onion Head Club Avatar 21
cmni la ghomannye.


kusangka panas hingga ke petang. rupanya hujan di tengahari.




Onion Head Club Avatar 134
depressed pulak tetibe




Onion Head Club Avatar 46





"barang siapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga"



p/s : ada sapa2 nak sari ke??



Saturday, April 9, 2011

manusia

alahai manusia...


bila berkata, salah
bila diam, salah


bila buat, salah
bila xbuat, salah

Friday, April 1, 2011

hari Jumaat yang mulia

caution!!  post ni agak kasar




FIRST
owh, 1 april. 
"HAPPY FOOL'S DAY" 
terpampang dekat blackboard dlm kelas. 
"dorang xsambut kot bende2 gini. phewww"

sangkaan meleset tp bkn student.
lecturer.
"ok, I want to know how much you understand about impression material"
sape xcuak. xprepare lgsg kot. 
dan x ke rasa mcm bodoh gile boleh caya. sbb xexpect lgsg.
-_-"


SECOND


pejam celik, pejam celik, dah 5 bulan lebih dekat India ni.
selama 5 bulan jugak dok bersabar dgn perangai orang2 tempatan dekat sini.
cakap xserupa bikin, lambat bertindak etc.



tp hari ni rasanya dah melampau.
balik kelas, nampak skru bawah sink.
"owh, dorang dah dtg repair mesin basuh"
(selepas 2 bulan complain)



lps mkn, pegi balik sink. ternampak berus gigi.
mcm familiar. pendek cerita.
my brush.
WTH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
that's for my braces b****k!!! thanks!!
you may find it's funny.
but I'm totally pissed off.


selamba gile masuk bilik air org, amik berus gigi, gune untuk bersihkan bende dekat mesin basuh.
apa function letak berus gigi dalam bilik air??
ada akal xboleh fikir ke??
"owh, sy letak berus gigi tu sbb nak bg bilik air tu cantik" WTH!!!
AAAAAAAAAAAAAA
I'M PISSED OFF!!!



*sigh* betapa mulianya mereka yg ada kesabaran yg tinggi :'(


dan sy xkesah lgsg part kene beli baru. sy kesah part sesuke hati gune barang org. pantang!




sabar pown ada limit. 



p/s : maaf..

Saturday, March 26, 2011

pak cik2


rindu mereka :')

buang tenaga kome je menekan link post ni. maaf :D



p/s : bende baik tp hati xikhlas.

Monday, February 21, 2011

Ainatul :)


1. What is your current ringtone?
Big Bang - Let Me Hear Your Voice (malas nak tukar)


2. What is your current wallpaper?
  Dusky (wallpaper yg dah sedia ada dlm handphone. haha :D )

3. Do you own a picture phone?  yup

4. If so, what was the last picture you took? gamba histology utk mucous salivary gland. hak3.. apakah??


p/s : malas nak letak gambar



5. Go to your text message inbox and type what the 10th text message says?
Owh.msk nasi cm bse tw letak sntn.ukur air mcm bse la..ltk gram sket,pas2 halia..pas2 msk..! dari tasha :)


6. How many contacts do you have on your phone? 40!! haha..  yg len2 sume dkt no celcom. tak perlu transfer kot ;)


8. Who was the last person you spoke to on your cell phone?
 my mom :)


9. What service do you have?  
-nil-



10. At this very moment, how many bars do you have for your service? 
-nil-



11. Who’s on your speed dial numbers? 
umi & abah :)



12. Do you have voicemail? 
ada :)



13. How many contacts that start with the letter J do you have and who are they? 
0. haha :D



14. Who do you call the most? 
umi kot :)



15. How many text messages do you get a month?
hak3.. entah. tak kire pulak. 



16. Can you send pictures? oh yeahhhh



17. What are the first 2 digits to your number? 
91



18. Go to your sent texts…what does the first one say? 
Hehe.. Ok..



19. What about the 10th? 
(smiley) ----->   :)



20. Who’s the last person that you called? umi :)



22. Last person that texted you? Izzah Basri :)



23. Last person you added to your contacts? Syafiqah






24. Go down to your 5th contact, who is it? Ainatul Nadrah????!!!


25. Wanna give out your number? hahahaha... tidak sama sekali :)





things that make you go “awwwwwww” :P
things that make you go "awwwwwwwwwwwwww" :D