T.H.E.M

Saturday, October 29, 2011

LOVE



"Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya,"

- Al-Ahzab, 33 : 4 -


kenapa Allah tak nyatakan, yang Dia cuma ciptakan satu hati? kenapa Allah nyatakan ayat diatas?

supaya kita berfikir, bahawasanya, Dialah satu-satunya yang perlu ada dalam hati kita :)


Love Is A Language Understood Only By The Heart


"menurutku, cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri menjadi mawar,
mengubah cuka menjadi anggur,
mengubah malang menjadi untung,
mengubah sedih menjadi riang,
mengubah setan menjadi nabi,
mengubah iblis menjadi malaikat,
mengubah sakit menjadi sihat,
mengubah bakhil menjadi dermawan,
mengubah kandang menjadi taman,
mengubah penjara menjadi istana,
mengubah amarah menjadi ramah,
mengubah musibah menjadi muhibbah,
itulah cinta."



"sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu dengan keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun, tanpa lidah,
cinta ternyata lebih tenang.
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya.
Kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta.
Dalam menguraikan cinta,
akal berbaring tak berdaya,
bagaikan keldai berbaring dalam lumpur.
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan musibah."


kalau dah jodoh, takkan ke mana. tapi, tanpa usaha, juga takkan ke mana.

berubahlah kerana Dia, bukan kerana dia.

dan setiap apa yang berlaku kepada kita setiap hari, sudah tercatat di Luh Mahfuz. ada yang boleh diubah dan ada yang tidak boleh diubah.



p/s : berprinsip jangan jumud, terbuka jangan hanyut


Wednesday, October 26, 2011

conteng-conteng


sedikit perkongsian :


Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu,
"Aku pasti melakukan itu besok pagi,"

kecuali (dengan mengatakan),
"Insya Allah".
Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah,
"Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini."

(Surah Al-Kahfi, 18 : 23-24)


Insya Allah = dengan izin Allah


I'm not fat, just chubby. lol  -Adam Irfan, nephew-

bila tengok balik album-album masa jalan-jalan makan angin -Golden Triangle-, memang tak banyak gambar saya yang ada dalam album tu. umi abah pun ada tegur. bukannya takde orang offer nak tolong amikkan tapi diri sendiri tak nak. rugi kan? sobab eh cumo :


Mirror : You look so good
Camera : I beg to differ


pssst, sesungguhnya gandingan T-shirt dan kain pelekat boleh membuatkan semua lelaki nampak kacak :D



p/s : Yenepoya memang kedekut cuti :S



Sunday, October 16, 2011

Nil



lama tak update. takde idea dan sangat sibuk belakangan ni. seperti biasa, macam2 berlaku. ada gembira, ada sedih.



mula dengan part gembira. Alhamdulillah. akhirnya, berpeluang jugak nak pergi utara India. kebetulan ada cuti 5 dan 6 Oktober, terus terfikir untuk extend. 



peluang datang bukannya selalu. tambah2 pulak, Yenepoya memang jarang dapat cuti. plan hanya dalam masa seminggu. 



last minute. tiket flight pun mahal tapi semua tak kisah sebab dapat berjalan! pheww~ 



book ticket flight, agent, semua mudah. destinasi : New Delhi, Agra dan Jaipur. juga dikenali sebagai Golden Triangle. 



yang leceh, bile kena mintak permission. rasa macam dicampak ke sana ke mari. kena isi borang, buat surat etc. leceh.



selama ni angan2 je. sekarang, dah sampai dah :D



love it ;D


gambar2 lain boleh tengok dekat Facebook ;)


another part.

"daripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali"




emak salah seorang junior kitorang meninggal dunia semalam (Jumaat) sebab kanser payudara. semoga rohnya berada dalam kalangan orang yang beriman.




bila cerita bab orang meninggal, nazak ke, mesti mula feeling2. bila kita dah alami sesuatu perkara, baru kita boleh faham perasaan seseorang, bila dia mengalami benda yang sama.



pemergian atuk seminggu sebelum raya baru2 ni, memang tinggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya.



selama ni, bukan tak pernah terima khabar berita tentang saudara mara yang meninggal. cuma, kesannya tak sama.



"memang rezeki Atiqah dapat jumpa atok"


semua orang cakap macam tu. setahun tak berjumpa, lepas sebulan menjejakkan kaki kembali di Malaysia, dia pergi buat selamanya. 



dan seorang sepupu yang paling rapat dengan atok, yang sepanjang setahun tu, boleh je berjumpa dengan atok, nak dijadikan cerita, ada kursus dekat Thailand masa tu.



"yang setahun tak jumpa, sempat jumpa. yang selalu jumpa, tak dapat jumpa"



sempat berada di sisi atok di saat2 akhir. mungkin itu penyebabnya.


terasa lagi perasaan berdebar bila tiba2, jantung atok berhenti berdenyut. selepas segala usaha yang doktor buat, jantung atok berdenyut balik.







"dah tak lama"


bila difikir balik, lepas baca report kesihatan atok, surat doktor, hati dah risau. masalah hati. liver. bila dah sampai tahap liver...


lepas je masuk hospital Sungai Buloh 2 hari sebelum tu, atok koma.


lepas berbuka, kami ramai2 baca Yasin. dalam hati tak tahu nak mintak apa dah. mintak segala urusan atok dipermudahkan je. itu je yang saya mampu doakan.







"kakak, tengok atok. bisik dekat telinga atok"


walaupun dalam keadaan koma, dia masih boleh dengar apa yang kita perkatakan. cuma tak boleh nak respon. lepas bisik Lailahaillah 3 kali dekat telinga atok, hati terasa sebak. 



10 lebih (malam) kami semua, adik beradik abah, gerak balik. bagi peluang untuk saudara mara yang lain untuk melawat. 50 minit lepas tu, baru je sampai Nilai, dalam perjalanan balik Seremban, pak choi call umi, bagitahu atok dah tak ada.




satu kereta senyap, tak kata apa2.




"meredhai pemergiannya"



status yang beberapa minit lepas diupdate terpaksa didelete bila teringat, sepupu yang ada kursus di Thailand belum tahu dan seeloknya, biarlah keluarga dia yang inform.



jadi, lepas tu, cerita2 masa musim raya terutamanya part2 orang nazak, dekat hospital, semua saya tak boleh tengok. sampai sekarang. air mata mesti bertakung. tamat!







p/s : bila dah mula tulis setiap perkataan tanpa short form, secara automatiknya, mesti nak cakap dalam bahasa formal =.=



Wednesday, October 5, 2011

Golden Triangle mission - Day 1


Mangalore-Bangalore-New Delhi-Agra

Bertolak dari hostel seawal 6.30 pagi. Flight 8.45. 1 jam perjalanan ke Bangalore by flight. 10 pagi terus boarding ke New Delhi. Perjalanan tak berapa smooth. Buat pertama kali dalam hidup, tak cukup makanan dalam flight.

3jam lebih ke New Delhi dengan tak sempat breakfast, jadi berharap dapat breakfast dalam kapal terbang. Hot meals takde. Sandwich non-veg pown takde. Veg je ada. Disebabkan saya non-veg tegar, hancur segala harapan. Coffee pun takde. Selera makan terus hilang.

Tak semena-mena jadi emotional. Air mata bergenang. Bila dikenangkan, lawak jugak. Hahaha. Menenangkan perasaan dengan snap few pictures dari tingkap dan tengok segala gambar yang ada dalam kamera.

Dari New Delhi terus bergerak ke Agra. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam menaiki tempo. Ada berhenti 2 kali untuk solat dan makan. Jalan di sini tak seteruk di Mangalore. Kalau nak dibandingkan, ada jalan dekat sini macam dekat Seremban dan ada yang macam jalan dekat Kapar. Gambar akan diupload lepas habis misi :)