T.H.E.M

Wednesday, September 26, 2012

kontrak?




hah, selalukan baca masa solat. dua kalimah syahadah.
apa signifikan dua kalimah syahadah aka syahadatain ni?
nak masuk Islam, kena mengucap.
owh, ok. lagi? hmmm..


"sahaja aku bersaksi..."
bersaksi.
maksudnya, kita berikrar.


bila hari-hari sebut syahadatain, kadang-kadang tak tinggalkan kesan pun dalam hati.
saya pun gitu.
lepas orang clarify signifikan dua kalimah syahadah tu, baru la nampak.


ok, JOM!
[psss, pengerusi MSAI 2012/2013 suruh amalkan budaya "JOM". maka, saya aplikasikan dekat sini, boleh? ;)]



lepas je kita mengucap dua kalimah syahadah, secara automatiknya, kita dah tandatangan satu kontrak dengan Allah.
dalam kontrak tu, digariskan tiga perkara.
apa dia?

1. Mahabbah
2. Tijarah
3. Amal




Pertama, mahabbah. mahabbah tu apa pulak? mahabbah tu, kasih sayang :)
"....kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintainya, dan bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman...."
-Al-Maidah, 5 : 54-


Kedua, tijarah. tijarah? maksudnya perniagaan/jual beli.
perniagaan yang macam mana?

"(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui"
-As-Saff, 61 : 11-


Ketiga. Amal.

"Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin..."
-At-Taubah, 9 : 105-


lepas dah huraikan satu-satu, makanya apa maksud kontrak?


bila rujuk wikipedia, kontrak tu maksud eh satu perjanjian yang dipersetujui di antara dua pihak atau lebih berkenaan sesuatu perkara.


kita dah janji, dah setuju, tak bolehlah langgar, kan?
betulkan saya andai saya salah ;)
^^v



p/s : forever love~



Friday, September 21, 2012

jom santai2






Aiman : "Ayah, kenapa Aiman tak pernah tengok ayah solat?"
Ayah : "Asalkan kita beriman, dah cukup dah"
Aiman : "Kalau macam tu, Aiman belajar je la, tak payah amik exam. Cukup je la dengan belajar kan?"
Ayah : "...."



ok, dialog tu tak lah setepat dialog yang sebenar.
tak ingat ayat yang sebenar.





point yang nak disampaikan melalui dialog tu adalah,


walaupun kita mengakui kita beriman dalam hati, tapi kita tak dirikan solat, tak tunaikan zakat serta tuntutan-tuntutan Allah yang lain, tak cukup untuk membuktikan kata-kata kita tu.


perghhhh.. sate beb!

kita bagi lagi satu analogi,


"kalau kita makan, mesti kenyang"
kita cakap je, tapi kita tak makan.
makanya, kenyang tak?
tak kenyang kan?!



analogi ni kita boleh aplikasikan bila kita tanya orang,
"kenapa tak solat eh?" [pssss.. jangan limit ke solat je. ni contoh je eh ;)]
orang tu pun jawab ke kita,"kenapa nak kena solat? tengok orang yang solat tu, sama je perangai dengan orang tak solat. cukup la beriman dekat Allah"



Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu....."
At-Taubah, 9 : 105




macam exam.
kenapa kita amik exam? kenapa mesti ada exam?
selalunya ayat skema mesti, " sebab nak tengok la, nak uji kita faham dah takat mana etc"


hah, macam tu jugak.
kalau takde exam, macam mana kita nak tahu tahap kefahaman kita terhadap subjek Pharmacology contohnya, dah sampai tahap mana.
sama ke apa yang kita faham dengan orang lain faham?
bila dapat result, baru kita tahu, kita dekat tahap mana.
kan, kan?


pastu, kita kata, kita dah beriman, tapi kita tak beramal.
tertanya, cukup ke iman kita tu? sama ke dengan iman orang lain?
sebab tu kena beramal.
bila beramal, kita buat, dari situ dapat buktikan tahap keimanan kita.
kan, kan? :)



macam tadi la.
cakap makan tu kenyang tapi kita tak makan pun.
cakap je tapi tak buat.
kenyang ke?





hah, masa sekolah dulu, kita ada hafal maksud IMAN kan?
jom recall balik maksud iman tu
IMAN tu...
membenarkan dalam hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota.
HAHHHH!!
kena ada tiga-tiga point, baru complete


jom tepuk dada, tanya iman, kita ada dalam golongan mana.
heh~
selamat beramal :)
woot woot!




Tuesday, September 18, 2012

Ramadhan 1433



19 Julai 2012 - 29 Ogos 2012
durasi : sebulan lebih



Alhamdulillah. Tahun ni tahun kedua berkesempatan berpuasa penuh dan beraya di Malaysia.
Rasa bersyukur sebab tak semua pelajar di India mempunyai kesempatan seperti itu sebab universiti dorang tak peruntukkan cuti untuk raya.
tambahan pulak, kena dengan cuti akhir semester.
makanya, dipanjangkan lah cuti tersebut.



sepanjang berada di rumah, memang dipergunakan masa sepenuhnya dengan meluangkan masa dengan famili, berbakti dekat umi abah (ayat skema gile! haha)




takde lah. sebab jarang balik, makanya, masa2 gitulah patut digunakan sebaik mungkin untuk buat kebaikan dekat mak ayah masing-masing. ye dok?!
maka, dengan rasminya, jadilah 'pembantu rumah' selama sebulan berada di rumah.



apa yang saya boleh simpulkan melalui pengalaman menjadi 'pembantu rumah' sementara selama sebulan lebih adalah :

"salute gile lah suri rumah sepenuh masa. seriously!"







mana taknya. 6 orang lelaki dalam rumah.
pagi kemas, petang bersepah balik, kembali kepada keadaan sebelum dikemas.
bila hari-hari benda sama berlaku, siapa tak angin, tak give up, tak fed up.
terasa segala usaha mengemas tak dihargai.
sampai ke satu tahap, rumah dibiarkan bersepah gitu tanpa dikemas selama beberapa hari.





bila dah jadi camtu, mata mula tak tahan tengok sepah sana sini.
mulalah tugas balik.
lagi satu, benda yang membuatkan saya teruskan kerja sebagai pembantu rumah tu sebab terfikir, "bila lagilah ada kesempatan camni + cuba bayangkan ko balik rumah penat2, tengok rumah cantik berseri, mesti bestkan?!"
maka, walaupun penat, tetap digigihkan.




At-tuhur syatru al-iman = kebersihan sebahagian daripada iman
ini pun salah satu faktor yang memberi semangat untuk meneruskan kerja :)




p/s : harap diberi kesempatan untuk berjumpa Ramadhan lagi :')





Saturday, September 15, 2012

Satu hari di hari raya



"It's not my fault"  =.=

Satu hari di hari raya...
Saya dipersalahkan atas kejadian yang berlaku di atas. haha


*imbas kembali*

2 tahun yang lepas, tahun 2010
tempat : KLIA
dia la yang paling semangat melambai tatkala saya masuk ke balai berlepas
touching gile


setahun selepas itu, tahun 2011
saya pulang ke Malaysia
tapi beserta perubahan pada diri
BRACES


bila jumpa dia, keadaan bertukar 180 darjah
bergegas lari menyorok belakang mak ndak bila saya datang dekat
bila saya jauh sikit, kepala dijengah sikit, mengintai-intai seolah2 melihat seekor raksasa
bahhhhh
I've been rejected by a little boy
DOWN!


"mungkin sebab braces", detik hati
masalahnya, budak2 kecik lain, semua ok je.
takde takut pun.
musykil pulak tiba-tiba
"dia dah tak cam aku ke? baru setahun tinggal kot. ke memang sebab braces aku?"



*kembali ke masa sebenar*

Umi : "Ammar, cepat. kak tiqa nak amik gamba"
disebabkan keengganan yang terlampau, berlaku peristiwa seperti di atas
huru-hara



Mak Ndak : "Ammar, sape buat?"
Ammar : "Tu, dia tu" 
SAYA??
saya tidak bersalah!


"Umi, dia kan tak suka dengan tiqa"
barulah umi tersedar tentang fakta tu




"gigi tajam"


pendakap gigi adalah puncanya


Ammar : "gigi tajam"
menusuk-nusuk pulak bila dengar perkataan tu
"Asal tajam pulak?"
Ammar : "Ye la. tu (sambil tunjuk dekat gigi saya)"


that's it!
that's the reason
the braces, the culprit!


the day after


dia pandang kamera
gembira tak terkata
siap senyum pulak tu



"the conflict has been resolved?"
dunno




p/s : berdebo-debo pulok. jadah