T.H.E.M

Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Friday, October 18, 2013

Jodoh?



"Tutuplah aurat. Nanti dapat jodoh yang tutup aurat juga.."

"Berusahalah menjadi soleh, dapatlah yang solehah.."

"Jagalah pergaulan dengan bukan muhrim, insyaAllah dapat yang menjaga juga.."

"Jadilah orang yang menjaga solat, Allah akan hadirkan orang yang tegap solatnya.."

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Paaangg!!! (Kena penampar sekali~)

Eh, kenapa semua perubahan dan 'amal ni dipandu ke arah dapatkan jodoh sahaja?

Macamlah pasangan itu sahaja ghayah (nota : ghayah=tujuan) hidup kita.

Dapatkan jodoh yang baik itu cuma satu perhentian dalam misi hidup.

Tapi bukan motivasi utama, ya!

Ekstasi kita,

SYURGA & REDHA ALLAH

*disalin daripada status seorang ukhti di Facebook*

Perbincangan mengenai jodoh semestinya hangat dibincangkan seandainya isu tersebut diutarakan. Tambahan pula, masing-masing berada dalam lingkungan 20-an, sesuai dah memegang status sebagai seorang isteri dan ibu. Trend masa sekarang. Nak berubah baik kerana nak dapat jodoh yang baik. pfftttt.. Betullah tu. Tak salah. Tapi kita lupa. Lupa tentang sebab perubahan yang sebenar. Allah itu sendiri. 

Ditujukan kepada diri sendiri juga. Berpinar-pinar mata membaca status-status yang berbunyi seakan-akan sangat terdesak untuk mendapatkan jodoh, barangkali disebabkan penangan musim walimah sekarang ni. tsk, tsk, tsk.. Bagi saya, untuk status-status berkenaan, lebih baik ditulis di dalam diari daripada laman sosial. Ini cuma pendapat peribadi. Terpulang kepada anda bagaimana anda menggunakan medan sosial terbabit. Lagipun, andai sudah berkemampuan mendirikan rumahtangga tetapi ketiadaan calon, cara tradisional lagi baik. Tak gituhhh...


Sunday, October 6, 2013

sebaik-baik kebersamaan


Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa; kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar dari dalamnya, apa yang turun dari langit dan apa yang naik ke sana. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan

Al-Hadid, 57 : 4

Kebersamaan Allah atau dalam bahasa arabnya Ma'iyyatullah. Semasa mencari bahan untuk dikongsi bersama rakan-rakan lain, terjumpa satu website yang mengandungi artikel mengenai kebersamaan Allah dan saya rasa teruja untuk berkongsi dengan semua *senyum*

[Kredit]

Perkembangan dunia yang kian moden ini, justeru menambah seribu satu cabaran terhadap penghuninya. Biar perkembangan material terus meningkat, namun sudut kerohanian insan terus mundur dan hampir hilang. Biar segenap alat-alat canggih untuk memudahkan cara hidup, namun masih terus terasa dihimpit oleh hari-hari yang saban mendatang.

Ramai orang berduka di setiap ketentuan yang melanda, dan terus bertambah duka kerana tidak berdaya menghadapinya. Ramai orang terus bersedih dalam menghadapi hidup yang dirasa kian pedih. Manusia hari ini mempunyai kemodenan di mana-mana, tetapi hakikat dirinya lebih tipis dari rumah labah-labah ketika menghadapi bencana.

Bukanlah hidupmu itu yang menyempit, wahai diri yang terasa dihimpit. Tetapi dirimu itulah yang terasa keseorangan, dalam menghadapi kehidupan. Kamu yang lemah, secara hakikatnya, bagaimana mampu menghadapi hidupmu yang semakin mencabar secara bersendirian? Makhluk-makhluk di sekelilingmu yang juga lemah, bagaimana diharapkan untuk terus menemanimu dalam waktu senang dan sukar? Carilah teman, sebaik-baik teman. Carilah kebersamaan, sebaik-baik kebersamaan.

Oleh kerana itulah, hakikat kebahagiaan adalah, pada rasa kebersamaan Allah swt yang tidak pernah terpisah. Hatimu kesunyian, di tengah-tengah kesibukan, kerana tiada rasa kehadiran Tuhan, dalam hati yang semakin kegersangan. Wahai teman, kebersamaan Allah swt itulah penawar sebaik-baik yang menyembuhkan.

Allah swt berfirman yang bermaksud :

"...sesungguhnya dengan zikrullah, hati menjadi tenang..." (Surah Ar-Ra'du : 28)


Bergenang air mata, terasa sebak tatkala selesai membaca perenggan-perenggan di atas. 

Allah swt knows that we have nafs (ego). Allah knows we have a heart. Allah knows that these things drive us. But Allah tells us that He is closer to us than even these. So when we reach for other than Him, we are not only reaching for what is weaker, we are also reaching past what is closer, for what is further and more distant - Yasmin Mogahed


Nak kongsi lagi satu :

If someone is tied to his nafs, we may easily see their bad side. But you must forget that and look inside for the jewel. Don't just accept the bad side and look to the reality of the nafs. Remember the jewel. Don't say that you don't like someone. If you look carefully, you have the same things too. Allah will say, "You rejected that servant, when you also had the same values". You rejected him, but you couldn't even throw those same things away from yourself. Be busy to find the goodness in each other. Then the way to Allah becomes closer and shorter. You may reach. The doors will be opened for you. If not you will remain with your ego (nafs) 

Lagi satu :

Sometimes people come into your life and you know right away that they were meant to be there, to serve some sort of purpose, teach you a lesson, or help you figure out who you are and or who you want to become.


"Yaa muqallibal quluub, tsabbit qalbi 'ala diinik"
Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agamaMu

  

:)

Saturday, June 8, 2013

Rock climbing


Tanah yang lembab, bukit landai, sambil berpaut pada tali, pendakian bermula.

Selepas beberapa ketika, bumi landai yang dipijak, menjadi vertical (tegak), tetiba menjadi rock climbing.

[Kredit]
Selepas 3/4 pendakian, aku kepenatan. Teramat. "Lagi sikit, lagi sikit". Namun tak terdaya. Kaki, ku lepaskan. Tangan masih memegang tali, tergantung di awangan. 


Aku pandang sekilas ke bawah. "Jauh jugak aku dah daki ni." Kalau ikutkan kepenatan yang terasa masa tu, mahu sahaja tangan, ku lepaskan, jatuh ke bawah. Tapi disebabkan sudah jauh, sudah tinggi aku mendaki, bodohlah aku kalau tangan, aku lepaskan, hanya sebab tak tahan lelah mendaki dan puncaknya, hanya di depan mata. Sikit sahaja lagi.

[Kredit]

Dengan berbekalkan kudrat yang masih berbaki, aku gagahkan jua, menghabiskan pendakian aku, sampai ke puncak. Lega. Akhirnya, aku sampai ke puncak!


Ok. Cerita di atas berlaku di dalam mimpi. Mungkin faktor status mental yang agak kepenatan pasca third sessional exam. Apa-apa pun mimpi ni sedikit sebanyak memberi semangat kepada saya untuk tidak berputus asa hatta penat macam mana sekalipun.


[Kredit]


Yosh! Bak kata Head of Department Oral Pathology, Madam Maji : "use this one month time left, to the fullest as to compensate the one year that you have been misused. put your effort, struggle for this final exam" (Ayat diolah mengikut kefahaman penulis, macam biasa. hoho)


"One year that you have been misused" ouch. Mencucuk-cucuk ayat madam. 


"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman"
- Al-Imran, 3 :139-


"..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir "
- Yusuf, 12 : 87 -


[Kredit]


 

Tuesday, May 14, 2013

Sharingan



Yosh! Lama tak update. Disebabkan idea-idea tak bersusun lagi untuk menulis satu pos yang berfaedah, makanya, ini cuma update ringkas dari saya. Mahu menaip jugak. Inilah jadinya.


Have been diagnosed with a unique disorder


Clinical features : getting irritated easily ; always feeling and thinking negatively ; depression


Etiology : tak telefon umi abah dalam jangka masa yang lama. paling lama, seminggu


Treatment : calling my parents la


Diagnosis : HOMESICK. lol


Prognosis : Excellent. Recurrence might be there


Ye, ye. Saya mintak maaf sebab anda tak dapat ape-ape daripada catatan di atas tapi tangan saya rasa gatal. Gatal sebab dah lama tak menaip sesuatu dekat sini. Maafkan saya.


Walaupun kami beribu batu dari Malaysia, tapi kami di bumi Gandhi ini, terasa juga bahang PRU '13 yang berlangsung pada 5 Mei yang lepas. Semangat sungguh kami. Masa ni lah bersemangat menambahkan segala pengetahuan tentang politik. Eh? Tapi, tak boleh la bersemangat masa nak pilihanraya je. Kena selalu tambah pengetahuan dalam segala aspek.


Konklusi selepas PRU '13, seorang sahabat berkata kepada kami, 
"Sokonglah mana yang korang rasa benar"

Lagi seorang berkata, 
"Teringat zaman Rasulullah baru menyampaikan dakwah. Kita sekarang ni, macam penduduk Mekah masa tu. Tak tahu pihak mana yang benar"



Ayat-ayat diatas diolah mengikut kefahaman penulis. Jika anda pasti dengan niat anda untuk memilih parti-parti yang berkenaan, teguhkanlah pendirian anda tapi jangan pulak butakan mata, tulikan telinga daripada mendengar hujah-hujah daripada pihak lain.


Pertimbangkan segala hujah-hujah yang ada, tapis segala khabar-khabar angin, pastikan dapat dari sumber yang sahih dan buatlah keputusan anda dengan adil. Mat saleh kata, make a wise decision. Hah, gitu.


[Kredit}


"Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu"


Hah, sape tahu ni ayat dari surah mana? Angkat tangan!


Baiklah, saya bagitahu. Ni potongan ayat dari surah Al-Mulk, ayat 19. Seorang sahabat kongsi ayat ni masa kami duduk dalam bulatan tempoh hari.


Saja nak kongsi, sebab cerita pasal burung, teringat masa keluar bandar beberapa minggu yang lepas, duduk dalam bas, tepi tingkap, yang takda pun tingkapnya, ada penghadang besi je. Angin deras menyapa muka *whoosh,whoosh* Hah, dapat bayangkan tak?


Salah satu tabiat saya masa dalam kenderaan yang bergerak, akan tengok sekeliling, kadang, cari landmark untuk satu-satu tempat. Mata masa tu, seolah-olah menggunakan ninjutsu Sharingan, takpun, Byakugan. Eh? Cari landmark sebab, bile orang sebut nama-nama tempat yang pelik, mesti orang akan bagi landmark tempat tu, betul tak? Bile kite tahu landmark-landmark tersebut, tak ke memudahkan kerja?! Heh~


[Kredit]

Berbalik kepada cerita utama, mata pun pandang keluar, bahagia dengan angin deras yang menampar-nampar muka, pandang langit dengan awan kepul-kepul sikit. Tetibe tertarik dengan satu pemandangan. Burung helang. Berlegar-legar dekat atas nun jauh depan mata. Taksub, amazed, within split seconds, pap! Masuk dalam dunia sendiri.


Hah, sampai begitu sekali penangan melihat ciptaan Allah! Subhanallah! Bukan setakat tengok burung je. Pegi pantai, tengok ombak pun boleh berada dalam dunia sendiri. Tak caye? Ce la terai. Terai? Duh~ LOL


"Saat melihat ombak, mata jadi terpaku. Dan dalam cuba memahami gelombang si laut, aku jadi hilang. Hilang dalam leka. Terbang jauh ke sana"


Hah, macam tu la perasaan saya. Terima kasih kepada cik Pintu (bukan nama sebenar) yang telah menukar kata-kata biasa, menjadi satu puisi.


Nak kongsi lagi satu ayat. Ayat ni ada dalam salah satu album kumpulan Hijjaz. Narration. Heh~


"(yaitu) orang-orang yang mengingat allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."

Ali Imran, 3 : 191

Makanya, pergilah berjalan-jalan atas muka bumi ni sementara masih bernafas lagi hatta berjalan kaki ke sekolah sekalipun, kire berjalan jugak. Tapi sambil berjalan tu, janganlah jalan menonong. Menonong tu ape? Menonong tu, berjalan tanpa toleh kanan kiri. Mak-mak kata, menonoooong  je. Hah, gitu. Toleh la sat ke kiri, ke kanan. Pandang atas, bawah. 


Sebelum memulakan perjalanan tu, sediakan la siap-siap telefon canggih dalam tangan. Eh? Ye la, mana tahu ada pemandangan menarik seperti burung terbang segerombolan ke, dapat la tangkap gambar cepat-cepat, kongsi dekat member-membi. Edit, letak ayat-ayat Al-Quran sikit. Hah, siap. Dapat pahala dah. Kegembiraan perlu dikongsi. Tak gitu?


Tapi kalau dah lambat sangat nak ke kelas, janganlah pulak berhenti tepi jalan, amik gambar lalang pelbagai posisi, sudut dan sebagainya. Dahulukan yang utama. Takde telefon pintar pun takpe. Takde kamera pusing-pusing pun takpe. Anda dah ada kamera canggih dah. Ye ke? YE! MATA anda! Bagi saya, secara peribadi, mata adalah kamera dan kamera video yang paling bagus atas muka bumi ni. Walla! Maka, sayangilah mata anda. Hah?


Fuh~ Bukan awal-awal tadi kata idea tak bersusun ke? Ni la penangannya bila ilham tetibe mencurah-curah masuk dalam kepala. Alhamdulillah. Yeh! Dapat kongsi benda yang bermanfaat akhirnya. Harapnya bermanfaat.


Owh, cakap pasal amik gambar, saya ada lagi satu penyakit. Saya merupakan pesakit mental. Hoho~ Adik manis, jangan takut sama saya. Errr~ Satu kajian menunjukkan, orang yang suka amik gambar makanan sebelum makan, mereka tergolong dalam golongan yang mempunyai gangguan mental. Laaaa... Nak kongsi kegembiraan pun salah. *Berlalu pergi sambil menyeret bantal*


'Ala kulli hal, all the best to member-membi yang sedang atau bakal menduduki peperiksaan duniawi, di mana jua anda berada. Tak lupe juga kepada sepet, baby dan sayang nun di sana. Moga dipermudahkan segala urusan kalian dan diberikan kejayaan olehNya. Amin~


p/s : A dropout can beat a genius through hardwork - Naruto


Wednesday, January 16, 2013

Pergigian? Dentistry?




Saya terfikir belakangan ni, "betul ke keberadaan aku dalam dentistry ni?" Terfikir sebab rasanya manual dexterity saya sangatlah... Dibandingkan dengan rakan-rakan lain, rasanya saya berjaya menduduki tangga terakhir untuk manual dexterity. Disebabkan manual dexterity yang tak berapa bagus, makanya, kerja-kerja praktikal saya selalunya akan ketinggalan berbanding mereka yang lain. Bila dah ketinggalan, makanya akan menyebabkan saya stress. Bila dah stress, mulalah menangis-nangis, bercucuran air mata. 

Bidang pergigian. Mula diminati sejak berumur 9 tahun. Masa sekolah dulu, kan ada klinik gigi. Kecik je. Tak tahu kenapa, rasa gembira tengok mereka yang berbaju 'putih'. Bila dah melangkah ke alam sekolah menengah, mula membandingkan kos perubatan dan pergigian. Melihat kepada kemampuan diri dan faktor-faktor di masa hadapan terutamanya berkaitan keluarga (oops! dasar pandang jauh ke depan), makanya, saya tetapkan pendirian untuk menyambung pengajian dalam bidang pergigian.

Lepas SPM, saya dah dapat dua tawaran sebelum menerima tawaran JPA :

  1. MAINS - lanjutkan pelajaran ke Mesir tapi dalam bidang perubatan. Masa mohon ni, berlaku salah faham sebenarnya. Rupanya, MAINS tak sponsor untuk bidang pergigian. Lepas dah dapat tawaran, baru tahu. Kelakar.
  2. USIM - Alhamdulillah. Dapat kos pergigian tapi hati rasa sangat berat nak pergi sebab tak dapat UIA (universiti impian sejak sekolah lagi). Macam-macam alasan dicipta semata-mata tak nak pegi USIM. Masa ni, memang berharap sangat dapat tawaran JPA.
Akhirnya, dapat tawaran JPA. Bidang pergigian - Ireland. Nak dijadikan cerita, selepas 2 tahun A-level, saya tak dapat placement dan akhirnya, sampailah saya di bumi India.

Bila direnung-renungkan, betapa bidang pergigian ni memang destinasi saya, bila tawaran dalam negara pun, saya dapat bidang pergigian. Walaupun saya tak dapat placement di universiti di Ireland, tapi saya tetap dapat sambung belajar dalam bidang yang sama, cuma berlainan negara.

Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya dan sesungguhnya, perancangan Allah tu yang terbaik. Senyum lebar-lebar. Makanya, bila saya sering diuji dalam kerja-kerja praktikal dek kerana manual dexterity saya, saya tak boleh la patah semangat, fikir, "Nape aku still ada dalam bidang ni?". Instead, saya patut lagi bersemangat sebab memang Allah nak saya berjaya dalam bidang pergigian ni sebab jalan ini yang terbaik untuk diri saya. Rasa sayang sangat dekat Allah. Terharu.


Listen. Listen. Listen. Listen. Listen.

Riya' tu ada dua. Pertama, yang jelas nampak perbuatan riya' tu. Kedua, yang tersembunyi. Tersembunyi ni yang bahaya. Riya' yang tersembunyi ni, bila, "tak nak la buat, nanti nampak riya' " Contohnya, orang tegur, "Wah, bagus la ko. Rajin bersedekah". Lepas tu, terlintas ayat seperti di atas. Makanya, anda telah berlaku riya' tanpa anda sedari. Awas! Peringatan untuk diri sendiri jugak. 


Sedikit perkongsian di pagi hari. Sini dah pukul 1.02 pagi. Allahua'lam.


p/s : beg tak kemas lagi. aduh

Wednesday, January 2, 2013

Kehidupan


[Kredit]
Alkisah. Saya dan cik Milo ke bandar untuk menyelesaikan satu urusan pada Isnin lepas bersamaan 31 Disember 2012. Dalam pukul 5 petang lebih, kami bertolak balik. Auto ditahan, destinasi hendak dituju disampaikan kepada pakcik auto dan bermulalah perjalanan kami berdua pulang ke hostel yang selalunya memakan masa 30 minit tolak tambah.


Perbualan dimulakan oleh pakcik auto. 
Pakcik : Indonesia?
Kami : No. Malaysia
Pakcik : Muslim?
Kami : Yes
Pakcik : MashaAllah

Perjalanan balik kali ni terasa lama dengan adanya perbualan dengan pakcik tersebut, diselang-seli dengan suasana senyap serta satu dua pertanyaan oleh cik Milo. Ke, sebab kereta banyak since nak New Year? Eh? Saya hanya bersuara untuk beri respon terhadap apa yang pakcik tersebut perkatakan.


Segala topik perbualan diutarakan oleh pakcik tersebut. Dari tempat tinggal beliau, tempat kerja, bilangan anak beliau, hostel kami kepada jalan yang teruk di India. Eh? Tapi satu topik yang terkesan dalam hati, adalah mengenai Islam.

Pakcik : Muslims here are good. All wearing black. What about Malaysia?
Saya : .... uhm
Cik Milo : Not good. There are still others who didn't wear hijab. Free hair

Soalan kepada pakcik tersebut kami jawab tapi hanya selepas beberapa saat selepas tu. Masa tu, terbayang keadaan di Malaysia. Ada satu perasaan malu dalam diri. Pakcik auto menggeleng-gelengkan kepala. Malu. Terfikir. Teringin sekali nak jawab pertanyaan pakcik tu tanpa fikir panjang, 
"Owh, Muslims in Malaysia are good too". 

Walaupun Malaysia digelar negara Islam, hakikatnya, ajaran Islam itu sendiri tidak diamalkan sepenuhnya. Islam ada tapi islam takde. Hah? Tak nampak beza? Bezanya, satu 'I' besar, satu lagi, 'i' kecik. Bezanya seperti, "Ayu yang ayu". Nampak dah?


Teringat cik Kidah kata,

Cik Kidah : Orang Korea pun kutuk Malaysians & Indonesians
Saya : Eh?
Cik Kidah : Dorang kate, dorang ingat yang pakai tudung ni sume boleh cakap dengan suami je. Sekali, bile jumpe depan dorang, "OPPAAAAAAAAA, SARANGHAEEEE!!"
Saya : Ooooo.. Dorang fikir camtu?

"Sungyeol-a, SARANGHAE!! aigooo.. neomu gwiyeopdaaa" Heh?? Eh??


Walaupun sekarang ni, kita lihat sekeliling, Islam mula naik even di Malaysia sendiri dengan yang terbaru, sambutan Tahun Baru, diadakan ceramah, solat berjemaah dan sebagainya, tapi kita lupa satu perkara, fakta, yakni, umat manusia di sekeliling kita sedang sakit, tenat. Masalah mereka cuma satu, kerana mereka tidak faham. 


"Wahai orang-orang yang beriman!  Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan" -Al-Anfal, 8 :24-


Dalam ayat di atas, "apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu" bermaksud? Apa yang memberi kehidupan kepada kita? Penerangan dalam al-Quran bertulis, ia bermaksud menyeru untuk berperang meninggikan kalimat Allah dan menghidupkan Islam dan muslimin. Juga bererti menyeru kepada iman, petunjuk, jihad, dan segala yang ada hubungannya dengan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.


Jadi, dapat dirangkumkan, segala penjelasan mengenai sesuatu yang memberi kehidupan kepada kita seperti apa yang tersebut di atas, adalah dakwah itu sendiri. Salah satu tujuan hidup adalah menjadi khalifah, dan dakwah merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang khalifah. Nak lari mana? Menyeru kepada amar makruf dan mencegah nahi mungkar adalah tanggungjawab anda (sambil point kepada diri sendiri juga)


Kita beralih pula kepada isu-isu semasa. Terbaru, hangat dengan isu 'Amanat Haji Hadi'. Ape benda tu? "Ia merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 april 1981. Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar tahun itu" -Google- 

[Kredit]
Bagi saya, personally, tanpa ada sebarang political bias etc, saya tak rasa ada apa-apa salah pun dalam amanat tersebut. Sama macam yang saya sebut di atas, Malaysia digelar negara Islam tapi tak mengamalkan Islam itu secara keseluruhan sedangkan Islam itu perlu diamalkan secara keseluruhan, bukan amik sikit sini, tinggalkan yang ini, yang itu.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu" - Al-Baqarah, 2 : 208-

See? Allah sendiri yang berfirman begitu. Makanya, anda perlulah bijak memilih pihak kerajaan yang bakal mentadbir, lantas melaksanakan ajaran-ajaran Islam sepenuhnya pada pilihanraya akan datang. Ooopss!

[Kredit]

Isu kedua yang hangat diperkatakan sekarang adalah isu rogol yang menyebabkan terkorbannya satu jiwa. Kes-kes rogol ni bukannya baru berleluasa, cumanya baru sekarang terheboh kepada semua orang. Kuasa media. Haiz.. Sama macam kes Syria dolu-dolu. Selepas satu kes dipaparkan oleh media, makin banyak kes pulak timbul selepas tu di Yahoo! News lagaknya seperti chain reaction.

Walaupun ada banyak versi tentang apa yang berlaku sebenarnya (biasalah), tapi apa yang dapat dekat sini ialah, yang bagusnya, kes-kes ini telah membuka mata semua orang tentang kes-kes sosial yang berlaku di India, serta menyebabkan kami makin berhati-hati setiap kali keluar ke mana-mana hatta ke Gardenia Store sekalipun. Heh? (Gardenia store tu dekat pintu pagar hostel je). Tak sangka kami pernah menjejakkan kaki ke New Delhi 2 tahun yang lepas.
Pakcik auto : Do you know Arabic?
Saya : Yes. Little (dah berkarat)
Pakcik auto : Good. @@@@@@?
Saya : Hah?
Pakcik auto : What is your name?
Saya : Owh, yang kita tahu, "ma ismuki?" tapi tak dengar pun dia cakap camtu (cakap dekat cik Milo)


Nak sapu gris balik dekat segala ilmu bahasa Arab yang dah belajar masa zaman sekolah. Sedih dah berkarat. 


p/s : Doakan keselamatan saya. Risau. Owh, Facebook dipenuhi gambar budak-budak yang baru mula sekolah. Comel :)