T.H.E.M

Sunday, March 18, 2012

Single but not available?



satu hari, masa tengah duduk, bersembang-sembang sambil menjamah dadih,
salah seorang sahabat bertanya, "macam mana ek? aku tau benda tu salah. paham-paham la benda apa, tapi macam mana ek, rasa macam tak boleh tinggalkan dia"
seorang sahabat yang lain bersetuju dengan apa yang diperkatakan.
sahabat tadi berkata lagi, "tapi sekarang ni aku dah kurang la. macam mana ek?"




dalam hati, saya tersenyum.
*doakan mereka*
"explain la dekat dia,"
"masalahnya, dah banyak kali dah aku explain. tapi takkan nak tinggal dia terus macam tu. nanti apa pulak jadi dekat dia kalau tetiba je aku tinggalkan dia"




saya tidaklah hebat dalam isu-isu percintaan.
pengalaman = 0.
selalunya, apa yang saya perkatakan adalah melalui pengalaman-pengalaman saya bersama mereka yang mempunyai pengalaman tersebut.
segala baik buruk dunia percintaan.
semua saya dapat daripada mereka di sekeliling saya.
melalui mereka juga, saya dapat perbaiki diri selagi mana belum berjumpa dengan si pelengkap hidup *cough*






 





bila menghadapi situasi-situasi seperti di atas, rasa bersyukur.
bersyukur sebab tidak ditimpa dilema yang sama.
tetapi sebagai manusia biasa, kadang-kadang ada je perasaan tu datang ketuk pintu hati.
tipu la tak ada.
kadang jumpa orang kacak sikit, dah terpikat.
kadang jumpa orang ni, jumpa orang tu, dah terpikat.
terutama bila orang tu ada ciri-ciri yang kita suka.






kadang masa tengah duduk dalam lecture hall sambil tunggu lecturer datang, tanya kawan sebelah, "bila kita nak ada boyfriend ni? lonely gile"
aduhai hati
fitrah?




ok, cukup dah intro.
balik pada tajuk.
selama ni rasa pelik.
bila orang dok selok kata dia single, but not available.




tadi baru dapat jawapan.
jawapan ada dekat bawah.
tak tau la betul ke dop jawapannya.






not available sebab ada Allah dalam hati?
mungkin.
kadang teringat.
kalau benda yang lepas tak terjadi seperti yang telah terjadi, mungkin,
mungkin saya akan mengalami dilema yang sama seperti mereka.
Alhamdulillah.
sebab Dia lahirkan perasaan takut tatkala hubungan makin menjurus ke arah tersebut.






risau sebab kang selok bercinta dengan orang ni, tapi kahwin dengan orang lain.
risau terleka, risau tak amalkan segala apa yang dah belajar, yang dah faham, yang dah tahu. 






owh,hari tu terbaca dekat facebook :
 orang dok selok cari jodoh tapi sebenarnya hidayah tu lagi penting untuk dicari sebab jodoh tu memang dah ditetapkan oleh Allah.






Image Detail 



I just want my future husband to be my first love and the last one *cough*
perghhhhhh.
ahuuuuu... neomu cangpihae! *blush*
lari selubung dalam selimut!
sekali sekala, takpe la kan.






p/s : esok dah start 2nd internal. doakan kami! :)


Tuesday, March 13, 2012

너무 아파 (neomu apa)


tak pe kan title dalam bahasa korea. kurang sikit rasa kekok :)




terus-terang saya kata yang saya bukannya jenis orang yang boleh berkata-kata,
pum pang pum pang, sebutir-sebutir keluar,
tanpa perlukan skrip.
maka, saya tak boleh nak beri nasihat, ataupun apa sahaja, ad hoc melainkan saya pernah hadapi situasi tersebut yang dapat dijadikan sebagai rujukan.



jadi, bila disuruh berkata-kata, saya akan mengambil masa yang lama,
merangka ayat,
supaya apa yang nak disampaikan, sampai ke dalam hati orang tersebut.
sebab saya nak mereka juga mempunyai kefahaman yang sama sepertimana saya.



dan bila saya dah ada courage untuk berkata-kata, dan orang tak hargai,
tukar la,
bukan tak hargai,
tapi tak lapangkan masa langsung untuk mendengar,
kesannya,
SAKIT.
SEDIH.



niat di hati cuma untuk membantu,
membantu untuk menarik dia,
supaya dia tak terus terhanyut,
leka dengan hal dunia,
supaya dia berfikir,
untuk masa panjang,
untuk masa depan.


kalau diikutkan, rasanya dah tak ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu.
tapi kena ingat, tak boleh berhenti berusaha.
maka, saya kuatkan semangat, berusaha untuk menolong dia.
tapi pokok pangkalnya, berbalik kepada diri dia juga.


dia pun kena berusaha.
usaha untuk diri dia sendiri.







sebut pasal rezeki,
memang Allah dah tentukan.
tapi setiap orang, peroleh rezeki pada masa yang berbeza-beza.
itu pun bergantung kepada banyak faktor.
hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia.



kadang, hubungan dengan manusia dah cukup baik,
tapi tak perasan,
yang kita dah abaikan hubungan dengan Allah,
dan mungkin boleh jadi sebab rezeki tu tersangkut, lambat sampai.



dan mungkin juga kegagalan yang kita hadapi,
kegagalan yang sama,
berulang kali,
adalah berpunca dari sebab yang sama,
yang kita tak ubah.
kadang memang ambil masa untuk discover apa yang perlu di ubah.
sebab tu kena berbalik pada yang satu.



kepada anda, saya cuma mahu lihat anda berjaya. tu je. percaya pada diri sendiri, dear lil bro.





"Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, mudahkanlah, jika haram, sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah"




Tuesday, March 6, 2012

didikan



rasa skema gila tajuk entri
sepanjang beberapa minggu tak update blog, banyak benda berlaku
balik Malaysia sampai rasa tak nak balik India balik
sebab dilimpahi kasih sayang dari semua orang, Alhamdulillah
dah sampai India, semangat tu tetiba hilang sebab takut, risau macam mana nak catch up dengan kelas + praktikal
dah la selalu ketinggalan dari kawan2 lain
stress






tapi beberapa hari yang lepas, dapat sesuatu
pasal didikan, pasal perasaan takut, matlamat hidup






bila selalu sangat lagging behind dari kawan2 lain,
selalu kena tegur dengan lecturer,
sape tak rasa down.
setiap kali masuk lab je, automatik muka jadi berkerut sebab takut
takut kena tegur lagi






ada sorang sis ni, die kata, apa yang kita perlu takutkan dalam hidup ni, hanya Allah
sebab dia yang tentukan segalanya
segala benda yang berlaku dalam hidup
bila dalam hidup ni, kau rasa takut dengan yang satu tu je, InsyaAllah, semua akan berjalan lancar
dan rasa tenang + redha dengan segala apa yang berlaku






yang kedua, comfort zone
memang nampak dekat sini yang Malaysia tu zon selesa
sebab tu tercampak dekat sini
sebab Allah nak bagi peluang berubah dengan keluarkan saya dari zon selesa tu
dengan macam2 ujian, macam2 kerenah manusia, perbezaan suasana etc, ada nampak sikit2 perubahan dalam diri






dah kurang rasa malu tak bertempat yang selama ni sangat kritikal dalam diri
dah mampu bersuara
selama ni banyak bisu je even dengan saudara mara sendiri
dan sebagainya




yang ketiga,
selalunya berdoa minta dapat capai cita-cita
dapat habis belajar dalam tempoh yang ditetapkan
tapi ada kurang dalam doa tu
lagi bagus kalau minta, moga dengan menjadi doktor gigi/doktor/pharmacist etc nanti, InsyaAllah dapat jadi medium untuk capai dua matlamat hidup
2:30 + 51:56 :)






kuih puteri seri ayu. nom3 XD


BBQ



BBQ




bowlinggg



Insyirah. pipi dieeee. hemmmmmmm!!














setelah sekian lama :)



p/s : lelaki nampak kacak bila tengah tekun membuat kerja. peace ;)