Yosh! Lama tak update. Disebabkan idea-idea tak bersusun lagi untuk menulis satu pos yang berfaedah, makanya, ini cuma update ringkas dari saya. Mahu menaip jugak. Inilah jadinya.
Have been diagnosed with a unique disorder
Clinical features : getting irritated easily ; always feeling and thinking negatively ; depression
Etiology : tak telefon umi abah dalam jangka masa yang lama. paling lama, seminggu
Treatment : calling my parents la
Diagnosis : HOMESICK. lol
Prognosis : Excellent. Recurrence might be there
Ye, ye. Saya mintak maaf sebab anda tak dapat ape-ape daripada catatan di atas tapi tangan saya rasa gatal. Gatal sebab dah lama tak menaip sesuatu dekat sini. Maafkan saya.
Walaupun kami beribu batu dari Malaysia, tapi kami di bumi Gandhi ini, terasa juga bahang PRU '13 yang berlangsung pada 5 Mei yang lepas. Semangat sungguh kami. Masa ni lah bersemangat menambahkan segala pengetahuan tentang politik. Eh? Tapi, tak boleh la bersemangat masa nak pilihanraya je. Kena selalu tambah pengetahuan dalam segala aspek.
Konklusi selepas PRU '13, seorang sahabat berkata kepada kami,
"Sokonglah mana yang korang rasa benar"
Lagi seorang berkata,
"Teringat zaman Rasulullah baru menyampaikan dakwah. Kita sekarang ni, macam penduduk Mekah masa tu. Tak tahu pihak mana yang benar"
Ayat-ayat diatas diolah mengikut kefahaman penulis. Jika anda pasti dengan niat anda untuk memilih parti-parti yang berkenaan, teguhkanlah pendirian anda tapi jangan pulak butakan mata, tulikan telinga daripada mendengar hujah-hujah daripada pihak lain.
Pertimbangkan segala hujah-hujah yang ada, tapis segala khabar-khabar angin, pastikan dapat dari sumber yang sahih dan buatlah keputusan anda dengan adil. Mat saleh kata, make a wise decision. Hah, gitu.
![]() |
| [Kredit} |
"Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu"
Hah, sape tahu ni ayat dari surah mana? Angkat tangan!
Baiklah, saya bagitahu. Ni potongan ayat dari surah Al-Mulk, ayat 19. Seorang sahabat kongsi ayat ni masa kami duduk dalam bulatan tempoh hari.
Saja nak kongsi, sebab cerita pasal burung, teringat masa keluar bandar beberapa minggu yang lepas, duduk dalam bas, tepi tingkap, yang takda pun tingkapnya, ada penghadang besi je. Angin deras menyapa muka *whoosh,whoosh* Hah, dapat bayangkan tak?
Salah satu tabiat saya masa dalam kenderaan yang bergerak, akan tengok sekeliling, kadang, cari landmark untuk satu-satu tempat. Mata masa tu, seolah-olah menggunakan ninjutsu Sharingan, takpun, Byakugan. Eh? Cari landmark sebab, bile orang sebut nama-nama tempat yang pelik, mesti orang akan bagi landmark tempat tu, betul tak? Bile kite tahu landmark-landmark tersebut, tak ke memudahkan kerja?! Heh~
![]() |
| [Kredit] |
Berbalik kepada cerita utama, mata pun pandang keluar, bahagia dengan angin deras yang menampar-nampar muka, pandang langit dengan awan kepul-kepul sikit. Tetibe tertarik dengan satu pemandangan. Burung helang. Berlegar-legar dekat atas nun jauh depan mata. Taksub, amazed, within split seconds, pap! Masuk dalam dunia sendiri.
Hah, sampai begitu sekali penangan melihat ciptaan Allah! Subhanallah! Bukan setakat tengok burung je. Pegi pantai, tengok ombak pun boleh berada dalam dunia sendiri. Tak caye? Ce la terai. Terai? Duh~ LOL
"Saat melihat ombak, mata jadi terpaku. Dan dalam cuba memahami gelombang si laut, aku jadi hilang. Hilang dalam leka. Terbang jauh ke sana"
Hah, macam tu la perasaan saya. Terima kasih kepada cik Pintu (bukan nama sebenar) yang telah menukar kata-kata biasa, menjadi satu puisi.
Nak kongsi lagi satu ayat. Ayat ni ada dalam salah satu album kumpulan Hijjaz. Narration. Heh~
"(yaitu) orang-orang yang mengingat allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."
Ali Imran, 3 : 191
Makanya, pergilah berjalan-jalan atas muka bumi ni sementara masih bernafas lagi hatta berjalan kaki ke sekolah sekalipun, kire berjalan jugak. Tapi sambil berjalan tu, janganlah jalan menonong. Menonong tu ape? Menonong tu, berjalan tanpa toleh kanan kiri. Mak-mak kata, menonoooong je. Hah, gitu. Toleh la sat ke kiri, ke kanan. Pandang atas, bawah.
Sebelum memulakan perjalanan tu, sediakan la siap-siap telefon canggih dalam tangan. Eh? Ye la, mana tahu ada pemandangan menarik seperti burung terbang segerombolan ke, dapat la tangkap gambar cepat-cepat, kongsi dekat member-membi. Edit, letak ayat-ayat Al-Quran sikit. Hah, siap. Dapat pahala dah. Kegembiraan perlu dikongsi. Tak gitu?
Tapi kalau dah lambat sangat nak ke kelas, janganlah pulak berhenti tepi jalan, amik gambar lalang pelbagai posisi, sudut dan sebagainya. Dahulukan yang utama. Takde telefon pintar pun takpe. Takde kamera pusing-pusing pun takpe. Anda dah ada kamera canggih dah. Ye ke? YE! MATA anda! Bagi saya, secara peribadi, mata adalah kamera dan kamera video yang paling bagus atas muka bumi ni. Walla! Maka, sayangilah mata anda. Hah?
Fuh~ Bukan awal-awal tadi kata idea tak bersusun ke? Ni la penangannya bila ilham tetibe mencurah-curah masuk dalam kepala. Alhamdulillah. Yeh! Dapat kongsi benda yang bermanfaat akhirnya. Harapnya bermanfaat.
Owh, cakap pasal amik gambar, saya ada lagi satu penyakit. Saya merupakan pesakit mental. Hoho~ Adik manis, jangan takut sama saya. Errr~ Satu kajian menunjukkan, orang yang suka amik gambar makanan sebelum makan, mereka tergolong dalam golongan yang mempunyai gangguan mental. Laaaa... Nak kongsi kegembiraan pun salah. *Berlalu pergi sambil menyeret bantal*
'Ala kulli hal, all the best to member-membi yang sedang atau bakal menduduki peperiksaan duniawi, di mana jua anda berada. Tak lupe juga kepada sepet, baby dan sayang nun di sana. Moga dipermudahkan segala urusan kalian dan diberikan kejayaan olehNya. Amin~
p/s : A dropout can beat a genius through hardwork - Naruto



No comments:
Post a Comment