T.H.E.M

Wednesday, October 6, 2010

Berdiam Diri

cume nak share satu email yg baru dapat tadi.




HIKMAH DAN KELEBIHAN BERDIAM DIRI

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.

Kedua-dua burung itu berbeza sikapnya. Yang satu suka menyanyi dan yang satunya lagi hanya DIAM saja.
Pada satu hari, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua tersebut.


Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini?
Penjual : Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.
Pembeli : Kenapa yang suka menyanyi itu lebih murah dari yang diam?
Penjual : Diam2 ubi berisi. Believe it or not, burung yang berharga RM1000 itu ialah pencipta lagu yang dinyanyikan RM500 itu.


-_-"


Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat.





Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.




Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oeh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia.




Sebaliknya, ia digunakan untuk mengeluarkan kata-kata yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.




Banyak diam tidak semestinya bodoh.
Banyak bicara tidak semestinya cerdik.
Kerana kecerdikan itu buah fikiran.
Orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.





"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau DIAM"
-Riwayat Bukhari & Muslim-




Jalan yang terbaik adalah diam kalau kita tidak dapat berbicara ke arah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih, yang mana ianya bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia itu sendiri.




MILO : tiqah punya respon mesti satu suku kata je. "oh", "eh??", "hah??", "a'ah", "ah" (after understand something). lepas tu, die diam. tunggu la die tanya soalan kat kite tp die xtanya pown.

FATIN : a'ah. kite baru nak cakap die mcm tu.



-_-"