T.H.E.M

Friday, February 3, 2012

Himdeul & pigonha (Difficult & Tired)



....kering....
....tandus....


hakikatnya, beberapa minggu ni dok susun ayat, nak update blog tapi idea tak datang.
hakikatnya, ada banyak benda yang nak diluahkan tapi..
hakikatnya, banyak tapi..
merepek.



....sedih....
....geram....
....kecewa....


dengan situasi sekeliling
ada situasi yang analoginya seperti necrosis..
merebak, boleh menyebabkan gangrene..
akhirnya, amputate..
sihat tapi dah tak sempurna..


tapi masalahnya, takde amputation dalam situasi ni..
sebab dah lambat diagnosis
terus merebak, merebak dan merebak..
akhirnya, dah tak boleh diselamatkan...


tak tau la betul ke dop analogi tu tapi gitu la.
sedih bila fikirkan dah takde cara untuk selamatkan situasi tu
doa. hanya mampu berdoa :'(


situasi yang lain
bila mana kau rasa kau dah boleh jaga diri sendiri
tapi orang layan kau macam budak sekolah
setiap petang orang datang bilik kau, amik attendance


dan bila kau nak pergi satu-satu tempat untuk attend event, kau kena buat surat, jumpa orang tu, orang ni
kau kena campak ke sana ke mari
orang yang konklusinya, tak mahu bertanggungjawab terhadap kau
takut dipersalahkan kalau apa-apa jadi dekat kau lepas orang tu bagi permission
dan kau pergi tu pun kau balik hari
tak bermalam langsung dekat tempat tu
dan selepas waktu kelas



dan bila setiap gerak langkah kau diperhatikan
hanya untuk mencari kesalahan
kesalahan-kesalahan kecil
yang akhirnya dibesar-besarkan


contohnya bila kau buat makan-makan sesama korang, lelaki dan perempuan
beramai-ramai
yang mana dua-dua pihak makan di tempat yang berasingan
dan jauh antara satu sama lain
dalam keadaan tenang
tapi korang dikatakan berparti
dan disuruh bersurai


dan bila kau mintak nak balik Malaysia, dia tak lepaskan
tanpa sebab-sebab yang munasabah


sombong
bila kau tak diberi peluang langsung 
untuk terangkan yang attendance kau still akan cukup walaupun kau balik 2 minggu
"not my problem"
kau baru buka mulut nak bercakap
tak bercakap pun lagi
attendance tu ibarat credit hour bagi korang yang lain


...penat...
...letih....


mental dan fizikal
doakan kami untuk terus kuat berada di sini
3 tahun lagi InsyaAllah
perasaan untuk pergi dari sini, tak terkata




p/s : tak sabar. yeahh >.<