hah, selalukan baca masa solat. dua kalimah syahadah.
apa signifikan dua kalimah syahadah aka syahadatain ni?
nak masuk Islam, kena mengucap.
owh, ok. lagi? hmmm..
"sahaja aku bersaksi..."
bersaksi.
maksudnya, kita berikrar.
bila hari-hari sebut syahadatain, kadang-kadang tak tinggalkan kesan pun dalam hati.
saya pun gitu.
lepas orang clarify signifikan dua kalimah syahadah tu, baru la nampak.
ok, JOM!
[psss, pengerusi MSAI 2012/2013 suruh amalkan budaya "JOM". maka, saya aplikasikan dekat sini, boleh? ;)]
lepas je kita mengucap dua kalimah syahadah, secara automatiknya, kita dah tandatangan satu kontrak dengan Allah.
dalam kontrak tu, digariskan tiga perkara.
apa dia?
1. Mahabbah
2. Tijarah
3. Amal
Pertama, mahabbah. mahabbah tu apa pulak? mahabbah tu, kasih sayang :)
"....kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintainya, dan bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman...."
-Al-Maidah, 5 : 54-
Kedua, tijarah. tijarah? maksudnya perniagaan/jual beli.
perniagaan yang macam mana?
"(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui"
-As-Saff, 61 : 11-
Ketiga. Amal.
"Dan katakanlah, "Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin..."
-At-Taubah, 9 : 105-

lepas dah huraikan satu-satu, makanya apa maksud kontrak?
bila rujuk wikipedia, kontrak tu maksud eh satu perjanjian yang dipersetujui di antara dua pihak atau lebih berkenaan sesuatu perkara.
kita dah janji, dah setuju, tak bolehlah langgar, kan?
betulkan saya andai saya salah ;)
^^v
p/s : forever love~