T.H.E.M

Monday, December 3, 2012

Hari Ini



Rasa suka bercerita perihal mencari-cari orang untuk dijadikan pesakit.
Sebab hati pasti merasa sesuatu, rasa dekat dengan Dia.

Hari ini, seperti yang dijangkakan, seperti hari-hari yang lain, susah untuk dapatkan pesakit. Bukan kerana tiada orang, tetapi mereka yang enggan beri kerjasama. Rasa geram. Geram bukan kerana marah. Geram sebab ramai yang ada findings dalam mulut mereka. Terasa nak kaut semua, bawa balik department. Bercakap seolah-olah mereka itu hasil tangkapan pula. haha..


Masalahnya, semua memberi alasan yang sama, alasan yang menyebabkan saya tak mampu membidas lagi. 
"I've got appointment with doctor after this"

Ada juga yang kata, mereka pernah terima rawatan sebelum ni, jadi mereka tak mahu lagi.


Hari ini....


Di tempat menunggu, saya approach seorang demi seorang, periksa gigi mereka, dan bila ada findings yang boleh saya gunakan untuk mengisi OHI-S index dan DMFT index, maka saya akan menyatakan hasrat dalam hati.


Dua orang rakan tempe bertanya saya soalan yang sama, pada tempat dan masa yang berbeza,

"How do you communicate with them? Do you understand their language?"


Soalan tersebut sendiri buat saya tertanya-tanya, bagaimana saya boleh berkomunikasi dengan mereka sedangkan kami berbual seperti ayam dan itik. Bila difikirkan, saya sampaikan mesej saya, melalui kata-kata kunci sahaja. Terus kepada point yang saya ingin perkatakan. Lepas itu, ada beberapa orang lain, yang kemungkinan pernah menerima rawatan, membantu saya, menjelaskan apa yang saya cuba sampaikan. Terima kasih kerana memahami! Terima kasih mak cik jaga! :)



Satu lagi, walaupun tak ada orang yang terima ajakan anda, satu benda yang tak patut dilupakan adalah senyuman. Senyum walaupun dalam hati terasa kelat. Senyum, walaupun lepas saja kau toleh ke belakang untuk beredar, mereka gelak-gelak di belakang kau sebab kau tak faham apa yang mereka perkatakan T.T haha..


Selepas dua kali ulang-alik ke Medical Hospital, saya pulang ke Public Health Dentistry department untuk berehat sebentar. Kemudian, Aisyah bagi idea baru. Tanya mereka-mereka yang berada di luar kawasan hospital. Masa melangkah keluar, ada dua orang lelaki tengah duduk-duduk. Tapi, kaki cepat-cepat patah balik ke dalam. Lepas beberapa langkah, patah balik ke luar. Seorang nak pergi kerja, seorang lagi tak mahu.


Masuk ke dalam semula, dalam perjalanan ke Medical Hospital buat kali ketiganya. Tetiba, terasa ada orang ikut dari belakang. Toleh. Orang yang tak mahu masa dekat luar tu, tanya,

"Boleh cakap Hindi?" (dalam bahasa mereka)
 Me : "Nehi" 
Dia cakap lagi, "Ada orang nak rawatan" (dalam bahasa mereka lagi)
Me : "Where?"
Him : "There (pointing to Medical Hospital). Third floor"

*Alhamdulillah*



p/s : beliau miscall hanya sebab rindu + teringat saya, masa lalu jalan yang selalu dilalui untuk hantar saya balik kondo, masa A-level. awww. saje buat saya rasa homesick :)