T.H.E.M

Saturday, April 24, 2010

sana sini

24 April 2010, Sabtu, 12.40 pm

semalam keluarga mak teh datang. pak coi ngan wan p0wn ade same.
setiap kali keluarga mak teh datang,
mesti saya balik semban.
setiap kali saya balik seremban, masa tu la keluarga mak teh datang. haha..
sampai
ja seremban, umi cakap abah suruh masak spageti utk diorang.
jadi, nak kongsi r sikit resepi spageti bolognese
yang saya selalu guna.


SPAGHETTI BOLOGNESE

Spaghetti Bolognese can help fight cancer

Bahan-bahan :
  • 2 sudu besar minyak
  • 4 ulas bawang putih-ditumbuk halus
  • 1 labu bawang besar (jenis putih) - dikiub 1/2 cm
  • 1 helai daun bay kering
  • 400gm daging kisar
  • 400gm tomato dalam tin - dikisar
  • 500ml air
  • 2 sudu besar puri tomato
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu besar oregano kering
  • 500gn spageti - direbus al dante
  • keju parut
  • gula garam secukup rasa
Cara-caranya :
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun bay hingga keemasan.
  2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna dan keringkan airnya.
  3. Campurkan tomato, air, stok, puri, oregano, gula dan garam.
  4. Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.
  5. Masak selama 45 minit atau hingga kuah pekat.
  6. Sajikan panas-panas dengan spageti dan keju parut.
Kosmo, Jumaat, 3 November 2006

Nota kaki :
  • kalau tengok, bahan2 yang diperlukan macam leceh sikit nak sediakan. memang r orang sekarang lagi prefer Prego. lagi senang kot tapi bg sy, cara mcm ni lagi menarik, lagi puas hati.
  • bawang putih tu selain daripada tumbuk, boleh je blend.
  • bawang besar tu plak, kalo tak jumpe jenis yang putih (Holland) , gune bawang besar merah pown boleh jugak. 1/2 cm tu agak2 je r.
  • daun bay dgn oregano kering tu ada je dekat supermarket berdekatan anda. haha.. kalau dekat Giant Taman Connaught ni, boleh jumpe dekat bahagian spices.
  • daging kisar tu, setakat ni yang saya jumpe brand Ramly je. brand lain, takde ke atau saya yang xperasan. ni, satu peket dah cukup.
[DSC_0006.JPG]
  • tomato dalam tin pulak, kalau tak jumpe, beli je tomato beberapa biji. hah, kalo gune tomato fresh ni, kene celur dulu dalam air panas. kene celur sebab senang nak buang kulit die. sblm celur tu, hiris bentuk X kat tomato tu. lepas buang kulit, potong empat dan buang empulur (biji) die. pastu blend. gune air sikit je. kang cair plak.
  • hah, stok daging pulak. setakat ni, saya tak guna kiub2 ni. rebus daging, pastu gune air rebus tu sbg ganti kiub stok tu. kalu gune method ni, kene pandai2 adjust r berapa banyak air nak gune, berapa banyak stok nak gune sbb kalau banyak sgt, nanti kuah jadi cair.
  • gula tu fungsinya untuk hilangkan rasa masam puri tomato tu. dalam resepi ni kata guna 2 susu besar. tettttt.. kalau rasa2 warna dan rasa kuah tu tak menyerlah sgt, tambah lagi beberapa sudu.
  • utk masak spageti, jerang air dalam periuk besar. lepas mendidih, masukkan sikit garam & minyak. bubuh spageti & kacau supaya spageti tu tak melekat. agak2 dah masak, tapis. masa nak hidang, tabur r keju parut. masa spageti tu panas, keju tu akan cair (wah, sedap2).

leceh en?? tapi kalau rasa suka masak, takde r leceh sgt. bagi penggemar instant, tak berapa disyorkan. tapi kalau nak cube, tak salah pown. ok, selamat mencube!!!


p/s : now I've found a reason. niga mibda~!

5 comments:

Anonymous said...

tiqah buat la satu.bawak g kelas ;)

Dr B said...

haha.. tak menarik r makan dlm kelas.. lepak kat umah sesape, mkn reramai. menarik^^

Anonymous said...

haa..bgus.athirah nak buat pesta mggu ni.buat arr time tu

Dr B said...

pesta?? haha~ bilekah?

Unknown said...

kalo kisar lembu kan senang..