Atiqah Ali & Ainatul Nadrah :)
bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit~ :)
Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi
begitulah juga dengan orang yang cantik, kebanyakannya jarang berbudi.
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "kamu ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman di bibirnya dan berbungalah hatinya.
Tersipu-sipulah dia.
Ah.. siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan menawan?
Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji, kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya.
Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.
Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan'
kerana sedar dirinya punya kelebihan.
Kata orang, wanita cantik banyak mahunya.
Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya.
Kalau ia seorang gadis, dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu.
Ada pula yang yang rela menjadi andartu.
Hidup liar bak merpati,
senang didekat dan ditangkap lari.
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.
Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia.
Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.
Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan.
Baik buruk, cantik hodoh, itu adalah pemberianNya.
Kenangilah nasib diri di hari penghisaban.
Segala pinjaman Tuhan itu,
untuk apa digunakan.
Lunakkan hati, tenangkan perasaan.
Lihatlah ke seluruh penjuru alam.
Di mana saja mata memandang, di sana ada tanda keagungan Tuhan.
Dongakkan kepala ke langit biru,
tundukkan wajah ke bumi yang hijau.
Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.
Langit yang dijadikanNya tidak bertiang,
gunung-ganang tidak berpancang.
Usah terlena dibuai keindahan,
sesungguhnya pada segalanya terkandung pengajaran.
bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit~ :)
5 comments:
:)
( sila buang org kerusi roda ni... lepas tekan post komen.. leceh.. haha )
hahahahha
:D (nah senyum tembikai!!)
marlderv295 : as you wish :)
ainatoo : hihihihi :D
haha~ saya syg tqa kecik :)))
saya syg anda juga!! keke :DD
Post a Comment