lama tak update. takde idea dan sangat sibuk belakangan ni. seperti biasa, macam2 berlaku. ada gembira, ada sedih.
mula dengan part gembira. Alhamdulillah. akhirnya, berpeluang jugak nak pergi utara India. kebetulan ada cuti 5 dan 6 Oktober, terus terfikir untuk extend.
peluang datang bukannya selalu. tambah2 pulak, Yenepoya memang jarang dapat cuti. plan hanya dalam masa seminggu.
last minute. tiket flight pun mahal tapi semua tak kisah sebab dapat berjalan! pheww~
book ticket flight, agent, semua mudah. destinasi : New Delhi, Agra dan Jaipur. juga dikenali sebagai Golden Triangle.
yang leceh, bile kena mintak permission. rasa macam dicampak ke sana ke mari. kena isi borang, buat surat etc. leceh.
![]() |
| selama ni angan2 je. sekarang, dah sampai dah :D |
![]() |
| love it ;D |
gambar2 lain boleh tengok dekat Facebook ;)
another part.
"daripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali"
emak salah seorang junior kitorang meninggal dunia semalam (Jumaat) sebab kanser payudara. semoga rohnya berada dalam kalangan orang yang beriman.
bila cerita bab orang meninggal, nazak ke, mesti mula feeling2. bila kita dah alami sesuatu perkara, baru kita boleh faham perasaan seseorang, bila dia mengalami benda yang sama.
pemergian atuk seminggu sebelum raya baru2 ni, memang tinggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya.
selama ni, bukan tak pernah terima khabar berita tentang saudara mara yang meninggal. cuma, kesannya tak sama.
"memang rezeki Atiqah dapat jumpa atok"
semua orang cakap macam tu. setahun tak berjumpa, lepas sebulan menjejakkan kaki kembali di Malaysia, dia pergi buat selamanya.
dan seorang sepupu yang paling rapat dengan atok, yang sepanjang setahun tu, boleh je berjumpa dengan atok, nak dijadikan cerita, ada kursus dekat Thailand masa tu.
"yang setahun tak jumpa, sempat jumpa. yang selalu jumpa, tak dapat jumpa"
sempat berada di sisi atok di saat2 akhir. mungkin itu penyebabnya.
terasa lagi perasaan berdebar bila tiba2, jantung atok berhenti berdenyut. selepas segala usaha yang doktor buat, jantung atok berdenyut balik.

"dah tak lama"
bila difikir balik, lepas baca report kesihatan atok, surat doktor, hati dah risau. masalah hati. liver. bila dah sampai tahap liver...
lepas je masuk hospital Sungai Buloh 2 hari sebelum tu, atok koma.
lepas berbuka, kami ramai2 baca Yasin. dalam hati tak tahu nak mintak apa dah. mintak segala urusan atok dipermudahkan je. itu je yang saya mampu doakan.

"kakak, tengok atok. bisik dekat telinga atok"
walaupun dalam keadaan koma, dia masih boleh dengar apa yang kita perkatakan. cuma tak boleh nak respon. lepas bisik Lailahaillah 3 kali dekat telinga atok, hati terasa sebak.
10 lebih (malam) kami semua, adik beradik abah, gerak balik. bagi peluang untuk saudara mara yang lain untuk melawat. 50 minit lepas tu, baru je sampai Nilai, dalam perjalanan balik Seremban, pak choi call umi, bagitahu atok dah tak ada.
satu kereta senyap, tak kata apa2.
"meredhai pemergiannya"
status yang beberapa minit lepas diupdate terpaksa didelete bila teringat, sepupu yang ada kursus di Thailand belum tahu dan seeloknya, biarlah keluarga dia yang inform.
jadi, lepas tu, cerita2 masa musim raya terutamanya part2 orang nazak, dekat hospital, semua saya tak boleh tengok. sampai sekarang. air mata mesti bertakung. tamat!
p/s : bila dah mula tulis setiap perkataan tanpa short form, secara automatiknya, mesti nak cakap dalam bahasa formal =.=


No comments:
Post a Comment