tak pe kan title dalam bahasa korea. kurang sikit rasa kekok :)
terus-terang saya kata yang saya bukannya jenis orang yang boleh berkata-kata,
pum pang pum pang, sebutir-sebutir keluar,
tanpa perlukan skrip.
maka, saya tak boleh nak beri nasihat, ataupun apa sahaja, ad hoc melainkan saya pernah hadapi situasi tersebut yang dapat dijadikan sebagai rujukan.
jadi, bila disuruh berkata-kata, saya akan mengambil masa yang lama,
merangka ayat,
supaya apa yang nak disampaikan, sampai ke dalam hati orang tersebut.
sebab saya nak mereka juga mempunyai kefahaman yang sama sepertimana saya.
dan bila saya dah ada courage untuk berkata-kata, dan orang tak hargai,
tukar la,
bukan tak hargai,
tapi tak lapangkan masa langsung untuk mendengar,
kesannya,
SAKIT.
SEDIH.
niat di hati cuma untuk membantu,
membantu untuk menarik dia,
supaya dia tak terus terhanyut,
leka dengan hal dunia,
supaya dia berfikir,
untuk masa panjang,
untuk masa depan.
kalau diikutkan, rasanya dah tak ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu.
tapi kena ingat, tak boleh berhenti berusaha.
maka, saya kuatkan semangat, berusaha untuk menolong dia.
tapi pokok pangkalnya, berbalik kepada diri dia juga.
dia pun kena berusaha.
usaha untuk diri dia sendiri.
sebut pasal rezeki,
memang Allah dah tentukan.
tapi setiap orang, peroleh rezeki pada masa yang berbeza-beza.
itu pun bergantung kepada banyak faktor.
hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia.
kadang, hubungan dengan manusia dah cukup baik,
tapi tak perasan,
yang kita dah abaikan hubungan dengan Allah,
dan mungkin boleh jadi sebab rezeki tu tersangkut, lambat sampai.
dan mungkin juga kegagalan yang kita hadapi,
kegagalan yang sama,
berulang kali,
adalah berpunca dari sebab yang sama,
yang kita tak ubah.
kadang memang ambil masa untuk discover apa yang perlu di ubah.
sebab tu kena berbalik pada yang satu.
kepada anda, saya cuma mahu lihat anda berjaya. tu je. percaya pada diri sendiri, dear lil bro.
"Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, mudahkanlah, jika haram, sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah"
No comments:
Post a Comment