T.H.E.M

Wednesday, August 1, 2012

Tips-tips untuk istiqamah






sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, nak berkongsi sesuatu dengan para pembaca :)


melalui surah Hud, surah ke 11 ayat 112-115, ada 4 tips yang Allah dah gariskan, untuk istiqamah dalam membuat kebaikan.




1. Jangan melampaui batas

"Maka tetaplah engkau (Muhammad) (di jalan yang benar), sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." 
-Ayat 112-


melampaui batas dekat sini terbahagi kepada dua. 
Pertama, kemampuan diri sendiri. Lakukanlah kebaikan tu sikit demi sedikit, ikut kemampuan kita agar tidak 'terkejut'.
Kedua, larangan Allah





2. Jangan cenderung kepada orang yang zalim


"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, sehingga kamu tidak akan diberi pertolongan." 
-Ayat 113-


maksudnya, perlu memilih kawan yang baik





3. Dirikanlah solat


"Dan laksanakanlah solat pada kedua hujung siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingati (Allah)." 
-Ayat 114-


iaitu melalui doa




4. Sabar


"Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan"
-Ayat 115-




Jom ulang balik 4 tips yang Allah dah gariskan tu!


Pertama : Jangan melampaui batas

Kedua : Jangan cenderung kepada orang yang zalim

Ketiga : Mendirikan solat

Keempat : Bersabar



Semoga Allah permudahkan segala urusan, segala perancangan anda semua sepanjang Ramadhan ini. Semoga Ramadhan ni jadi titik permulaan untuk kita menjadi seseorang yang lebih baik daripada sebelum ini. InsyaAllah :) semoga diberikan kekuatan! doakan saya! saling mendoakan ;)







semoga ibadah puasa kita diterimaNya dan bukan sahaja setakat menahan lapar dan dahaga!




p/s : berharap segala penulisan, percakapan dapat dilaksanakan, direalisasikan dan tidak memakan diri sendiri di kemudian hari!




No comments: