19 Julai 2012 - 29 Ogos 2012
durasi : sebulan lebih
Alhamdulillah. Tahun ni tahun kedua berkesempatan berpuasa penuh dan beraya di Malaysia.
Rasa bersyukur sebab tak semua pelajar di India mempunyai kesempatan seperti itu sebab universiti dorang tak peruntukkan cuti untuk raya.
tambahan pulak, kena dengan cuti akhir semester.
makanya, dipanjangkan lah cuti tersebut.
sepanjang berada di rumah, memang dipergunakan masa sepenuhnya dengan meluangkan masa dengan famili, berbakti dekat umi abah (ayat skema gile! haha)
takde lah. sebab jarang balik, makanya, masa2 gitulah patut digunakan sebaik mungkin untuk buat kebaikan dekat mak ayah masing-masing. ye dok?!
maka, dengan rasminya, jadilah 'pembantu rumah' selama sebulan berada di rumah.
apa yang saya boleh simpulkan melalui pengalaman menjadi 'pembantu rumah' sementara selama sebulan lebih adalah :
"salute gile lah suri rumah sepenuh masa. seriously!"
mana taknya. 6 orang lelaki dalam rumah.
pagi kemas, petang bersepah balik, kembali kepada keadaan sebelum dikemas.
bila hari-hari benda sama berlaku, siapa tak angin, tak give up, tak fed up.
terasa segala usaha mengemas tak dihargai.
sampai ke satu tahap, rumah dibiarkan bersepah gitu tanpa dikemas selama beberapa hari.
bila dah jadi camtu, mata mula tak tahan tengok sepah sana sini.
mulalah tugas balik.
lagi satu, benda yang membuatkan saya teruskan kerja sebagai pembantu rumah tu sebab terfikir, "bila lagilah ada kesempatan camni + cuba bayangkan ko balik rumah penat2, tengok rumah cantik berseri, mesti bestkan?!"
maka, walaupun penat, tetap digigihkan.
At-tuhur syatru al-iman = kebersihan sebahagian daripada iman
ini pun salah satu faktor yang memberi semangat untuk meneruskan kerja :)
p/s : harap diberi kesempatan untuk berjumpa Ramadhan lagi :')
No comments:
Post a Comment