Courage is what makes us
Courage is what divide us
Courage is what drives us
Courage is what stops us
Courage creates news
Courage demands more
Courage creates blame
Courage brings shame
Courage shows in school
Courage determines the cool
Courage divides the weak
Courage pours out like a leak
Courage puts us on a knee
Courage makes us free
Courage makes us plea
Courage helps us flee
-Corey Fauchon-
Courage. Perkataan yang sesuai untuk menggambarkan apa yang berlaku sepanjang hari ini.
Apa yang signifikan pada hari ini?
Bulan ini, bulan ketiga kami posting. Oral Medicine & Radiology (OMR), Periodontics, dan sekarang, Public Health Dentistry. Berbeza daripada OMR, untuk Periodontics dan Public Health, kami perlu mencari pesakit sendiri, perlu approach mereka.
Bagi Periodontics, kami perlukan pesakit untuk scaling treatment dan bagi Public Health, kami cuma perlu rekod status gigi mereka. Ala, macam yang doktor-doktor buat bila datang sekolah dulu-dulu, dalam kad hijau tu. Itu la yang kami kena buat untuk posting kali ini.

Hari ini, hari pertama mencari pesakit selepas 3 minggu posting. Berbekalkan pengalaman mencari pesakit untuk posting yang lepas, bersemangat melangkah ke hospital medik di sebelah. Tak ramai pesakit hari ini. Bermula dari bawah, seorang-seorang 'diterjah' tapi tiada seorang pun yang sudi. Kita tukar strategi. Bergerak dari atas ke bawah pula.
General Surgery. Tingkat 4. Kerusi tempat menunggu penuh. Dari hujung ke hujung diapproach. Sama. "No, No, nehi"
"Just checking. Free checking" Masih jawapan yang sama. Tingkat yang lain pun macam tu. Berpatah balik ke bangunan dental. OMR department lengang. Takde pesakit. Mata mula bergenang dengan air mata. Mak cik pak cik pandang-pandang. Sedih sebab ini kali pertama saya approach orang dari hujung bangku ke hujung bangku, melawan nature saya yang pemalu, tapi tak dapat hasil apa-apa. Courage.

"Tak mahu pegi hospital medik balik," gertak hati. Kawan yang sama-sama mencari dah dapat dua pesakit. Akhirnya, terserempak tempe dan dengan bantuan dia, dapat juga akhirnya, seorang. Alhamdulillah.
Inilah perkara yang signifikan, yang berlaku pada saya hari ini.
Nak tahu apa yang bermain dalam fikiran saya masa air mata bergenang tu? masa hati kata tak nak, tapi kaki melangkah juga ke hospital?
Satu perkataan bermain dalam fikiran masa tu. Dakwah. Segala cerita yang pernah dibaca, didengar tentang kisah-kisah sahabat dan Rasulullah masa berdakwah, berlegar-legar dalam kepala. Mereka pun diuji tapi tetap gigih berdakwah hingga ke akhirnya.
Jalan yang saya tengah lalui ini pun memerlukan saya untuk berjihad, berjuang. Saat air mata bergenang, terasa macam menampar muka sendiri, suruh bersemangat balik. Sebab tu, walaupun hati 'merajuk', tak nak patah balik ke hospital medik, tapi kaki tetap melangkah. Ini baru ujian sikit dan akhirnya, jajang.. Dapat juga pesakit.
Lagi satu, apa yang saya dapat ialah, apa yang saya cuba sampaikan, tak sampai kepada orang tu. Dalam bahasa Melayu, "Pak cik, boleh luangkan masa sedikit? boleh saya periksa gigi pak cik? untuk rekod. macam bancian. percuma. pak cik boleh pilih nak buat rawatan atau tak. kalau nak, boleh. tak nak pun boleh. tak makan masa yang lama." Tapi, dalam bahasa Inggeris (yang mereka tak faham) + bahasa isyarat, mesej tak berjaya disampaikan.

Untuk capai satu kejayaan, mana pernah mudah jalan yang dilalui. Untuk merasa manis, kena rasa pahit dulu supaya kita akan lebih hargai kemanisan rasa manis tu. Ye dok?
Seperti apa yang berlaku hari ini, bermula dengan kesukaran mencari pesakit, terserempak doktor general surgery yang kacak di tengah-tengah proses mencari, dan akhirnya dapat juga seorang pesakit, serta terjumpa + melihat intern comel berlegar-legar dalam department. *batuk*. Manisnya hari ini. Sekian. Yada-yada readers :)
No comments:
Post a Comment