
Bidang pergigian. Mula diminati sejak berumur 9 tahun. Masa sekolah dulu, kan ada klinik gigi. Kecik je. Tak tahu kenapa, rasa gembira tengok mereka yang berbaju 'putih'. Bila dah melangkah ke alam sekolah menengah, mula membandingkan kos perubatan dan pergigian. Melihat kepada kemampuan diri dan faktor-faktor di masa hadapan terutamanya berkaitan keluarga (oops! dasar pandang jauh ke depan), makanya, saya tetapkan pendirian untuk menyambung pengajian dalam bidang pergigian.
Lepas SPM, saya dah dapat dua tawaran sebelum menerima tawaran JPA :
- MAINS - lanjutkan pelajaran ke Mesir tapi dalam bidang perubatan. Masa mohon ni, berlaku salah faham sebenarnya. Rupanya, MAINS tak sponsor untuk bidang pergigian. Lepas dah dapat tawaran, baru tahu. Kelakar.
- USIM - Alhamdulillah. Dapat kos pergigian tapi hati rasa sangat berat nak pergi sebab tak dapat UIA (universiti impian sejak sekolah lagi). Macam-macam alasan dicipta semata-mata tak nak pegi USIM. Masa ni, memang berharap sangat dapat tawaran JPA.
Akhirnya, dapat tawaran JPA. Bidang pergigian - Ireland. Nak dijadikan cerita, selepas 2 tahun A-level, saya tak dapat placement dan akhirnya, sampailah saya di bumi India.
Bila direnung-renungkan, betapa bidang pergigian ni memang destinasi saya, bila tawaran dalam negara pun, saya dapat bidang pergigian. Walaupun saya tak dapat placement di universiti di Ireland, tapi saya tetap dapat sambung belajar dalam bidang yang sama, cuma berlainan negara.
Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya dan sesungguhnya, perancangan Allah tu yang terbaik. Senyum lebar-lebar. Makanya, bila saya sering diuji dalam kerja-kerja praktikal dek kerana manual dexterity saya, saya tak boleh la patah semangat, fikir, "Nape aku still ada dalam bidang ni?". Instead, saya patut lagi bersemangat sebab memang Allah nak saya berjaya dalam bidang pergigian ni sebab jalan ini yang terbaik untuk diri saya. Rasa sayang sangat dekat Allah. Terharu.
Listen. Listen. Listen. Listen. Listen.
Riya' tu ada dua. Pertama, yang jelas nampak perbuatan riya' tu. Kedua, yang tersembunyi. Tersembunyi ni yang bahaya. Riya' yang tersembunyi ni, bila, "tak nak la buat, nanti nampak riya' " Contohnya, orang tegur, "Wah, bagus la ko. Rajin bersedekah". Lepas tu, terlintas ayat seperti di atas. Makanya, anda telah berlaku riya' tanpa anda sedari. Awas! Peringatan untuk diri sendiri jugak.
Sedikit perkongsian di pagi hari. Sini dah pukul 1.02 pagi. Allahua'lam.
p/s : beg tak kemas lagi. aduh
No comments:
Post a Comment