| [Kredit] |
Perbualan dimulakan oleh pakcik auto.
Pakcik : Indonesia?
Kami : No. Malaysia
Pakcik : Muslim?
Kami : Yes
Pakcik : MashaAllah
Perjalanan balik kali ni terasa lama dengan adanya perbualan dengan pakcik tersebut, diselang-seli dengan suasana senyap serta satu dua pertanyaan oleh cik Milo. Ke, sebab kereta banyak since nak New Year? Eh? Saya hanya bersuara untuk beri respon terhadap apa yang pakcik tersebut perkatakan.
Segala topik perbualan diutarakan oleh pakcik tersebut. Dari tempat tinggal beliau, tempat kerja, bilangan anak beliau, hostel kami kepada jalan yang teruk di India. Eh? Tapi satu topik yang terkesan dalam hati, adalah mengenai Islam.
Pakcik : Muslims here are good. All wearing black. What about Malaysia?
Saya : .... uhm
Cik Milo : Not good. There are still others who didn't wear hijab. Free hair
Soalan kepada pakcik tersebut kami jawab tapi hanya selepas beberapa saat selepas tu. Masa tu, terbayang keadaan di Malaysia. Ada satu perasaan malu dalam diri. Pakcik auto menggeleng-gelengkan kepala. Malu. Terfikir. Teringin sekali nak jawab pertanyaan pakcik tu tanpa fikir panjang,
"Owh, Muslims in Malaysia are good too".
Walaupun Malaysia digelar negara Islam, hakikatnya, ajaran Islam itu sendiri tidak diamalkan sepenuhnya. Islam ada tapi islam takde. Hah? Tak nampak beza? Bezanya, satu 'I' besar, satu lagi, 'i' kecik. Bezanya seperti, "Ayu yang ayu". Nampak dah?
Teringat cik Kidah kata,
Cik Kidah : Orang Korea pun kutuk Malaysians & Indonesians
Saya : Eh?
Cik Kidah : Dorang kate, dorang ingat yang pakai tudung ni sume boleh cakap dengan suami je. Sekali, bile jumpe depan dorang, "OPPAAAAAAAAA, SARANGHAEEEE!!"
Saya : Ooooo.. Dorang fikir camtu?
![]() |
| "Sungyeol-a, SARANGHAE!! aigooo.. neomu gwiyeopdaaa" Heh?? Eh?? |
"Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan" -Al-Anfal, 8 :24-
Dalam ayat di atas, "apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu" bermaksud? Apa yang memberi kehidupan kepada kita? Penerangan dalam al-Quran bertulis, ia bermaksud menyeru untuk berperang meninggikan kalimat Allah dan menghidupkan Islam dan muslimin. Juga bererti menyeru kepada iman, petunjuk, jihad, dan segala yang ada hubungannya dengan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Jadi, dapat dirangkumkan, segala penjelasan mengenai sesuatu yang memberi kehidupan kepada kita seperti apa yang tersebut di atas, adalah dakwah itu sendiri. Salah satu tujuan hidup adalah menjadi khalifah, dan dakwah merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang khalifah. Nak lari mana? Menyeru kepada amar makruf dan mencegah nahi mungkar adalah tanggungjawab anda (sambil point kepada diri sendiri juga)
Kita beralih pula kepada isu-isu semasa. Terbaru, hangat dengan isu 'Amanat Haji Hadi'. Ape benda tu? "Ia merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 april 1981. Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar tahun itu" -Google-
![]() |
| [Kredit] |
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu" - Al-Baqarah, 2 : 208-
See? Allah sendiri yang berfirman begitu. Makanya, anda perlulah bijak memilih pihak kerajaan yang bakal mentadbir, lantas melaksanakan ajaran-ajaran Islam sepenuhnya pada pilihanraya akan datang. Ooopss!
![]() |
| [Kredit] |
Isu kedua yang hangat diperkatakan sekarang adalah isu rogol yang menyebabkan terkorbannya satu jiwa. Kes-kes rogol ni bukannya baru berleluasa, cumanya baru sekarang terheboh kepada semua orang. Kuasa media. Haiz.. Sama macam kes Syria dolu-dolu. Selepas satu kes dipaparkan oleh media, makin banyak kes pulak timbul selepas tu di Yahoo! News lagaknya seperti chain reaction.
Walaupun ada banyak versi tentang apa yang berlaku sebenarnya (biasalah), tapi apa yang dapat dekat sini ialah, yang bagusnya, kes-kes ini telah membuka mata semua orang tentang kes-kes sosial yang berlaku di India, serta menyebabkan kami makin berhati-hati setiap kali keluar ke mana-mana hatta ke Gardenia Store sekalipun. Heh? (Gardenia store tu dekat pintu pagar hostel je). Tak sangka kami pernah menjejakkan kaki ke New Delhi 2 tahun yang lepas.
Pakcik auto : Do you know Arabic?
Saya : Yes. Little (dah berkarat)
Pakcik auto : Good. @@@@@@?
Saya : Hah?
Pakcik auto : What is your name?
Saya : Owh, yang kita tahu, "ma ismuki?" tapi tak dengar pun dia cakap camtu (cakap dekat cik Milo)
Nak sapu gris balik dekat segala ilmu bahasa Arab yang dah belajar masa zaman sekolah. Sedih dah berkarat.
p/s : Doakan keselamatan saya. Risau. Owh, Facebook dipenuhi gambar budak-budak yang baru mula sekolah. Comel :)



No comments:
Post a Comment