T.H.E.M

Sunday, December 30, 2012

Korea : Namdaemun, Namsan & Cheonggyecheon Stream




Hari kedua di Korea, hujan. Sejuk. Destinasi pertama, Namdaemun Market. Berdasarkan pengalaman hari pertama yang tak jumpa kedai makan, maka, hari kedua, kami siap-siap bawa biskut dalam beg, sebagai pengalas perut. Lepas sampai stesen Hoehyeon, sebelum ke Namdaemun Market, kami singgah beli kebab. Bekalan.



sangat best sebab alunan ayat Al-Quran berkumandang dalam kedai kecik ni
Disebabkan kedai kebab ni dan Namdaemun Market berada di exit yang berbeza, maka kekeliruan berlaku. Kami masuk semula ke bawah tanah untuk pergi exit 5 di mana terletaknya Namdaemun Market. Disebabkan nak keluar tu, kena lalukan kad, makanya, duit pun ditolak walaupun anda tidak menaiki keretapi. Konklusinya, boleh je ikut jalan atas, dengan bantuan peta dekat tiang di junction jalan.




Setiap kali turun dari keretapi, sila pandang signboard di atas, untuk cari exit yang anda perlu lalui. Gambar di bawah pula adalah tempat untuk top-up T-money. Sebelum mula, sila klik ENGLISH. Kemudian, ikutlah arahan yang tertera. Hoho.






Di Namdaemun market, kami borong kerongsang! Comel-comel belaka. Ada bentuk bunga, reben, tikus Mickey, pepatung (memerah keringat untuk ingat nama binatang ini dalam bahasa Melayu), rama-rama dan sebagainya.



leka memborong sampai tak perasan reben dekat belakang terbuka
Masuk je dalam bangunan ni, pening kepala. Banyak sangat kedai dan rapat-rapat. Makanya, lepas je anda masuk, sila pandang ke atas, tengok segala nombor-nombor kedai untuk sampai ke tempat di atas, seperti gambar di bawah :








Kami masuk ikut pintu lain, keluar ikut pintu lain. Kedai jual kerongsang tu, dekat E-lengdang (translate perkataan korea warna oren) dekat tingkat 2.


Kami lebih prefer beli segala souvenir untuk angkut bawak balik dekat sini (yela, satu kampung dah tau kau nak berangkat pergi Korea, mestilah mereka berharap sesuatu. Sengih). Kami beli T-shirt "I Love Korea" dekat sini jugak. Lagi satu, kedai yang menjual cenderahati sangat banyak dan kenalah survey-survey. Kemungkinan ada kedai yang menjual benda yang sama pada harga yang lagi murah dari kedai sebelumnya.


Selesai di Namdaemun, kami ke Namsan Tower. Sekali lagi, kekeliruan berlaku. Landmark tak jumpa untuk ke cable car. Pacific Hotel. Keliru dengan jalan besar yang dimaksudkan.



inilah jalan besar yang dimaksudkan sebenarnya

Lepas jumpa jalan besar ni, tak perlu melintas, belok kiri. Jalan terus sampai jumpa bangunan di bawah, di bahagian kiri anda.



Dah jumpa, jalan terus lagi, naik bukit sikit, jumpa dah elevator untuk ke cable car.




elevator tengah turun. Sila beratur. Sila tekan butang nombor 2 untuk naik.


Go, go!!



Sila pergi ke tingkat 3 untuk membeli tiket cable car.



pak cik tu tengah beli tiket untuk satu kumpulan pelancong
inilah ghoman tiketnya

Sila simpan tiket di atas kemas-kemas dalam kocek, purse atau wallet anda. Kalau hilang, turun ikut tangga! (gurau). Cik N (bukan nama sebenar) tercicir tiket tu tapi nasib baik jumpa balik. Boleh ja beli tiket baru tapi membazir la. One way 6000 won. Masa tunggu cabel car sampai, anda perlulah menunggu di bilik menunggu aka tempat beli tiket tu dan naik tingkat atas, lepas loceng dibunyikan. Tapi, lepas je kitorang duduk-duduk, datang satu kumpulan pelancong, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan sebab tak nak beratur panjang, makanya, kami pegi beratur siap-siap dekat atas. Haha..


Go, go!!
ada yang gantung handphone case jugak

kalau berhajat nak gantung-gantung jugak, boleh beli mangga dekat kedai souvenir dekat sini. Memandangkan kami dah pergi skydeck dekat 63 building, kami dah tak berkeinginan nak pergi observatory dekat sini. Tapi berlaku kesilapan oleh cik penjual tiket. Beliau bagi kami tiket observatory instead of teddy bear museum =.= Makanya, kami yang innocent, dengan bahagianya, tunjuk tiket dekat pintu masuk teddy bear museum dan kami di bawa ke satu lif dan..... tibalah di observatory. yeay!


Masa naik lif tu, dia akan suruh anda pandang atas. Ceh.. Macam ada dekat angkasa lepas. Bagus untuk kanak-kanak. 

gembira nampak nama Malaysia dekat cermin ni
Penyelesaiannya, kami diberi tiket combo. Lagi murah dari tiket asing-asing.



"Owh, mesti beliau akan berkata sesuatu dekat gambar ni", detus hati masa snap gambar di atas. Beliau tak percaya. haha


pukul 6 petang dah gelap gelita

Selepas balik ke hostel, untuk jemput Fatin dan Humairah, kami ke Dongdaemun. Destinasi : Cheonggyecheon stream. 


sangatlah sejuk weh berdiri tengah-tengah tu

Selesai bercam-whore, berposing dalam kesejukan, membeli-belah di kedai-kedai tepi jalan dan sebagainya, kami duduk-duduk, memanaskan badan sekejap dekat Caffe Bene yang berdekatan.

ni kedai-kedai yang orang sini selalu duduk-duduk, minum soju



Selepas order anda siap, benda bulat tu akan bergegar. Sila ke kaunter untuk mengambil pesanan anda. keke. Siapa-siapa yang boleh membaca tulisan hangul, bolehlah tahu apa yang saya order. Senyum.





Dalam 11 lebih, "eh, subway tutup pukul berapa?". Makanya, kami berlima bergegas pulang dan sampai di hostel masing-masing lebih kurang 12 tengah malam. Selesai.

Owh, sebelum tu, setiap kali nak keluar dari bawah tanah, kami akan singgah beli waffle dekat kedai di bawah. Masa ni dah tutup. 12 tengah malam. Common sense. Tak amik gambar waffle pulak.


waffle yang disaluti gula dan agak lembut dan sedap dimakan ketika masih panas. slurppp

street performance
Owh, Windroad Guesthouse yang Fatin dan Humairah menginap, tak benarkan kawan-kawan masuk. Sedih. Maka, tak tahu ghomannye camne dekat dalam. Backpackers Inside bagi je. Selesai.

Recap : 1. Namdaemun Market
              2. Namsan Tower
              3. Cheonggyecheon stream, Dongdaemun

Post pertama : http://acrylicresin.blogspot.in/2012/12/korea-pre-departure.html


1 comment:

Anonymous said...

Ehem2... terasa ada org kata psl I.. Hahahahaha :P