T.H.E.M

Friday, December 28, 2012

Korea : Incheon, Backpackers Inside, KBS & 63 Building



Bismillah. Baiklah. Sebelum meneruskan cerita-cerita, jalan-jalan, travellog Korea, saya ingin maklumkan yang kami tidak menggunakan sebarang agensi di sana. Jimat kos dan anda boleh ubah-ubah jadual anda ikut kesesuaian, ikut rasa, ikut kemampuan, ikut kepenatan member-member yang lain. Seperti yang tertera di dalam itinerary dalam post yang lepas, itinerary tu telah bertukar wajah sepenuhnya. Destinasi bertukar-tukar tarikh sebagainya. Flexible. Suka!





on the way to Immigration counter
Untuk Immigration di lapangan terbang Korea, sebaik sahaja anda menyerahkan passport sambil menjawab "annyeonghaseyo" (pegawai tu greet dalam bahasa mereka semestinya!), anda perlulah memandang ke kamera sambil tersenyum, tersipu malu. Aha. Seterusnya, passport anda akan dipulangkan dan bolehlah mengambil bagasi. Owh, beratur panjang masa di Immigration Counter tu, macam yang biasa anda lihat di LCCT, di bahagian warga asing, tatkala anda menjejakkan kaki di Malaysia.


Owh, kena scan fingerprint juga. Sebelum terlupa, sebelum kapal terbang mendarat, anda akan diberi satu kad untuk diisi dan untuk bahagian alamat, kami tulis alamat Backpackers Inside + contact number. Sila simpan kemas-kemas di dalam telefon bimbit anda, segala maklumat tentang tempat penginapan anda.


beli T-money dekat sini lepas ambil bagasi

Selesai mengambil bagasi, anda perlu membeli T-money. Kalau anda takde T-money ni, makanya, anda perlulah berjalan kaki ke destinasi yang ingin dituju (gurau je). T-money sangat berguna untuk segala perkhidmatan awam yang anda guna terutama keretapi bawah tanah. Anda boleh selitkan T-money di dalam case handphone, purse dan sebagainya dan seterusnya, letak di tempat detector. Cool! Takyah susah-susah keluarkan setiap kali nak guna. Kos dan berapa nak top-up, sila rujuk rough budget.


berdepan dengan 7-E. bolehlah grab segala pamphlet yang berguna. Heh

Memandangkan destinasi kami adalah Backpackers Inside, kami perlu mengambil bas bernombor 6011.

sila berdiri di sini sambil menunggu bas

Masa pak cik drebar angkut bagasi anda, dia akan serah satu tiket. Tiket tu untuk bagasi anda dan secara rasminya, anda akan menggunakan T-money anda masa anda menaiki bas tersebut. Beep! 10 000 won akan ditolak dari jumlah duit dalam kad anda. Seterusnya, sebab kepenatan, terlena sepanjang perjalanan. Owh, kami lalu jambatan Mapo. Senyum.

tiket

lagi satu, anda perlulah memakai tali pinggang sepanjang perjalanan

Mapo Bridge dari kejauhan

1 jam perjalanan. Lepas je turun bas, ikut peta yang pihak guesthouse bagi (salah arah mula-mula sebab peta yang sangat ringkas. keliru. Haha)



melintas dari sana dan anda dapat lihat sorang budak lelaki nun disana =.=

Sesungguhnya, setiap perjalanan, pasti akan ada tarbiyah dari Allah. Sepanjang berada di Korea, sejujurnya, sifat pemarah saya di uji. Lain kali, jangan bawa ahli keluarga dan kawan-kawan serentak masa travel. Bagi saya. Hal ini kerana, kita akan berada di tengah-tengah, tersepit, sesak nafas dan banyak hati-hati yang perlu dijaga. Melainkan, semua bekerjasama sepenuhnya. Dalam hal ini, itu tidak berlaku dan menyebabkan butang pemarah dalam diri saya diaktifkan, menjadikan perjalanan saya tidak menyeronokkan, lantas menyebabkan saya begitu eager untuk melawat Korea lagi sekali. Sedih.


Destinasi hari ini : KBS building + 63 building


Memandangkan kami tidak sewa telefon masa dekat lapangan terbang untuk digunakan sepanjang berada di Korea, maka, peta yang dah disimpan siap-siap menggunakan aplikasi Google Maps, dengan pelbagai tempat yang ingin dilawat sudah ditanda, menjadi sia-sia. Sedih. Sesat barat jadinya. Adat lah kan? Senyum.

Yeoido Park

mereka semua berbasikal termasuk para bapa dengan baju kerja mereka, berbasikal dengan anak-anak


melintas jalan ini beberapa kali




Seperti yang saya perkatakan, kami sesat. Jalan di atas gambar basikal di atas, kami dah lintas beberapa kali, ulang alik dari arah sana ke Yeoido Park. Landmark dah jumpa tapi bangunannya tak jumpa-jumpa. Akhirnya, selepas 1 jam lebih ulang-alik tempat sama, jumpa juga. Lepas je lalu tempat basikal-basikal ni, belok kiri, jalan depan sikit, toleh kanan, nampak dah bangunan di bawah.






Sepatutnya, kami makan malam di kawasan ini tapi kedainya tak jumpa. Tu yang sampai malam dekat sini. Lagi sekali, tempat dah betul tapi kedainya tak ada. Disebabkan kepenatan fizikal dan mental serta kelaparan, maka kami ke destinasi seterusnya, 63 Building, menaiki teksi. Hoho.. 



63 Building : Sea World. Dekat sini, ada animal feeding show. Bolehlah rujuk laman web KTO untuk masa pertunjukan dan sebagainya. Ada pelbagai binatang laut. Binatang darat seperti ular, biawak, hamster (comel!), guinea pig, buaya dan sebagainya juga ada. Anda juga boleh mencelup jari ke dalam satu bekas berisi ikan-ikan kecik. Ala, yang dok makan sel-sel kulit mati tu. Geli!



63 Building : Wax Museum. Ada kisah di sebalik gambar di atas. Disebabkan saya suka piano, maka dengan gembiranya saya berposisi sebegitu dan piano tu berbunyi! Ting! Tidak lama kemudian, datang pekerja dekat situ, bagitau, piano tersebut tak boleh disentuh. Aha! =.=


sila masukkan syiling 500 won (tak silap) sebelum menggunakan saya!




63 Building : Skydeck. Dekat sini, takde yang menarik selain daripada fakta yang dekat sini, pernah ada penggambaran drama "My Girl". Babak lif. Masa naik lif tu, boleh la angkat sebelah tangan, buat gaya Superman sambil pandang arah luar. Menarik. Owh, ada galeri seni dekat sini. Siapa-siapa yang minat seni, bolehlah datang sini.


Dekat 63 Building ni, sebenarnya ada 4 pecahan dan kami hanya pergi 3 daripada 4 sahaja. Lagi satu ialah IMAX theater.


Owh, balik rumah, masak air, makan bubur segera. Kelakar. Diarrhoea seharian sejak kaki menjejak bumi Korea amatlah tidak selesa. Tambahan pula, angin sejuk yang menjadi stimulus, kerap kali menyapa perut. Pengalaman. Yada-yada!


Untuk post pertama, sila klik : Korea : Pre-departure


No comments: