"Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu."
- An-Nisa', 4 : 1-
![]() |
| credit : nursadiqah.blogspot.com |
Musim cuti sekolah, pasti akan menerima banyak undangan perkahwinan dari teman-teman, sanak saudara dan sebagainya.
Terbaru, senior zaman sekolah menengah + Maria Elena sudah selamat melangsungkan perkahwinan mereka dan beberapa hari lagi, rakan sekolah rendah saya pula. Mabrouk alaik!
Dan, hari ini....
*beep beep*
(mesej terima)
P : tiqot!!
Dalam keluarga belah umi, kami bertiga sebaya, sejantina dan hari ini...
Salah seorang daripada kami dah melangkah setapak, mahu menaiki tangga Maratib Amal, ke arah membentuk baitul Muslim. Bergenang air mata tatkala melihat gambar beliau. Bahagia. Terpancar di muka. I wish I was there!
![]() |
| credit : nuqabahidayah.blogspot.com |
Beberapa bulan lagi, InshaAllah, dia bakal bergelar Puan. I wish I'll be there! Sedih. Ingin berkongsi kegembiraan yang dirasa. Menitik air mata bila terkenangkan, masa tu, kemungkinan, lagi sekali, saya tidak dapat bersama-sama mereka.
Family gathering means a lot to me :'(
Apa-apa pun, kepada bride-to-be, insan kerdil di sini sentiasa mendoakan kebahagiaan anda. Semoga sentiasa di bawah lembayung Allah. Walaupun jasad tiada di sana, hati saya sentiasa berada bersama kalian. Sentiasa mendoakan~
Abah : dah ada boyfriend ke?
Saya : tak ada
Abah : hah, bagus la. belajar dulu kan?
(risau benar beliau. haha)
p/s : "When you think you want to give up, remember why you started" credit:Nana's fb


No comments:
Post a Comment