T.H.E.M

Sunday, December 16, 2012

Logam




"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham"


"Lihat sahaja kepada Kisah Umar r.a. sebelum dan seIepas lslamnya Saidina Umar r.a. Sebelum memeluk Islam, Saidina Umar r.a. terkenal dengan kekuatan fizikal yang hebat. Beliau menggunakan kelebihan ini untuk menentang Islam. Tetapi, selepas Islamnya beliau, dengan kekuatan dan keberanian beliau, Islam akhirnya menjadi kuat dan terbela, sehingga Baitul Maqdis kembali ke tangan Islam semasa beliau menjadi Khalifah Islam yang kedua."


"Apa logam awak?"

Terdiam. Berfikir. "Apa logam aku?" (monolog dalaman)
Logam yang boleh saya sumbangkan dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini. Saya sendiri tak tahu.

"Kalau diri sendiri tak tahu, tanya la kawan-kawan"

Teringat satu video. Tahu memandu kereta pun boleh menjadi logam kita. Ada yang pandai memasak, mempunyai rangkaian teman-teman yang ramai, pandai bercakap dan sebagainya.

Akhirnya, saya buat keputusan, logam saya ialah menulis.

Bab memasak, saya tidak lah sehebat, serajin rakan-rakan yang lain. 
Bab memandu kereta, umur dah 22 tahun, saya masih tidak mempunyai lesen memandu. *malu* (menyesal tak amik lepas SPM dulu)
Bab bercakap, ........


"Dia ni pendiam"

Bila orang yang baru mengenali saya berkata begitu tentang saya, pasti teman-teman yang rapat dengan saya akan tergelak, tak percaya.
Ya. Saya bukanlah seorang yang pendiam sangat hakikatnya.
Cuma saya lebih suka mendiamkan diri sebab.....
Dolu-dolu (bak kata ustazah Mahaya), setiap apa yang saya perkatakan, pasti akhirnya, pasti, dan pasti akan buat saya rasa malu balik. Rasa dah tak nak jumpa orang dah. 
Saya jenis yang bercakap tanpa berfikir panjang, + suka ekspresikan apa yang saya rasa tanpa berfikir panjang dahulu. Dahulu.


Maka, saya memilih untuk mendiamkan diri. Bercakap hanya setelah diproses dengan betul.
Masalahnya, prosesnya memakan masa yang lama selalunya =.= 
Ingat pepatah Melayu, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, ...."
Tapi terlajak tulis, boleh edit, backspace :)
Menulis, sebab saya dah restrictkan diri dari bercakap. Kalau simpan dalam hati je, mahu meletup jadinya. Maka, saya shift ke penulisan, untuk menyuarakan perasaan saya yang tak terucap di depan orang.


Saya berharap dapat menggunakan logam ini dengan sebaiknya, lantas dapat menyumbangkan sesuatu pada jalan ini. Doakan saya, rakan-rakan pembaca!


Ingatlah, sesungguhnya, perancangan Allah adalah yang terbaik. 
Ingat DUIT = Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. 
Antara doa dan usaha, mana yang lagi penting? Usaha itu lagi penting. 


Haters, I'm so not gonna hate you. yada-yada readers!! :)


p/s : "Everybody hates me but you love me and I love you. Hate me. Don't hate me"



No comments: