Bismillah. Kita mulakan dengan sejarah. Senyum. Masa kaki baru saja jejak ke bumi India pada 2010, dah merancang macam-macam. Nak beli itu, ini, nak pergi sana sini. Korea Selatan merupakan salah satu destinasi dalam perancangan. Alhamdulillah, sampai juga ke sana. Senyum.
Apa yang saya nak kongsikan ni, lebih kurang sama dengan mana-mana travellog yang ada. Boleh google. Macam-macam travellog anda boleh rujuk.
Sebelum travelling, macam biasa, kena rancang betul-betul. Penginapan, pengangkutan, tempat-tempat yang ingin di lawat. Yang ni pun, anda boleh rujuk pelbagai travellog, tengok tempat-tempat mana yang orang selalu melawat.
Untuk penginapan, kami book di sini :
http://www.hostelbookers.com/results/loc/dd/dst/2416/arr/2013-01-03/ngt/2/ppl/1/#/hos=true/hot=true/apt=true/cam=true/gue=true

Rough budget dan itinerary adalah kemestian.
Itinerary : http://www.scribd.com/doc/118128552/Jalan-Korea
Rough budget : http://www.scribd.com/doc/118129209/Korea-Rough-Budget
Part itinerary tu, nana yang sediakan. Saya sediakan rough budget. Dua-dua amatlah penting supaya perjalanan berjalan dengan lancar dan perlulah di print dan setiap seorang ada satu set dalam tangan.
Anda boleh rujuk di sini juga untuk download peta-peta yang diperlukan : http://english.visitkorea.or.kr/enu/FU/FU_EN_15.jsp?cid=1331235

Owh, anda juga perlu ada aplikasi cuaca di dalam gajet anda supaya anda boleh menyediakan payung sebelum hujan dan sebagainya. Aha.
Untuk penginapan, seperti di atas, kedudukan Backpackers Inside sangatlah strategik. Berdekatan dengan Sungkyunkwan University, ada potensi untuk anda terserempak dengan Song Joongki. Oops! Berdekatan dengan subway juga. Takde la dekat. Dalam 10 minit berjalan kaki mungkin. Ada satu lagi hostel berdekatan Backpackers Inside iaitu Windroad Guesthouse. Humairah dan Fatin tinggal dekat sini. Saya lagi prefer Backpackers Inside. hoho..
Ok. Selesai sudah pre-departure ke Korea.
No comments:
Post a Comment